
Propaganda tolak parti Malaya adalah propaganda asas yang dimainkan oleh Shafie Apdal sebelum menular ke manifesto yang boleh aku katakan tidak masuk akal.
Tidak masuk akal bila manifesto itu hanya boleh ditunaikan jika Sabah tidak lagi dalam Malaysia.
Bererti wajib melalui memorandum atau pungutan suara dari rakyat Sabah untuk keluar dari Malaysia bukan melalui proses Pilihan Raya.
Itu bererti seruan Shafie hanya mengundi parti tempatan adalah satu lagi retorik politik semata setelah dia dan Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar gagal merealisasikan “Langkah Kinabalu”
Langkah Kinabalu adalah kerjasama Warisan dan UMNO dari parti Malaya cuba merampas jawatan Ketua Menteri dari Datuk Hajiji Noor.
Seruan Shafie supaya menolak parti Malaya bukannya perkara baru. Dia dendangkan sejak Warisan mulai bertapak di Sabah. Kenyataannya tidak bekerjasama dengan parti parti Malaya kekal sehingga hari pilihan raya negeri Sabah 2018.
Namun selepas pilihan raya negeri 2018, Shafie bekerjasama dengan PH dan berjaya memancing beberapa Adun UMNO untuk membentuk kerajaan negeri Sabah.
Kamu rakyat Sabah jangan lupa sejarah bagaimana kerajaan Warisan dibentuk.
Pada zahirnya aku bersetuju dengan seruan hanya mengundi parti tempatan, tapi bukan Presiden Warisan Shafie yang sarankan, ini kerana dia sudah kehilangan kredibiliti. Apa lagi parti Warisan juga ada Bahagian atau Cawangan di Semenanjung.
Kerajaan Warisan dibentuk atas kerjasama parti parti dari Malaya tanpa parti dari Malaya maka mustahil Shafie merasa jawatan Ketua Menteri Sabah. Justeru tentang mana saranan Shafie berkenaan relevan.
Tidak usahlah terlalu hipokrit politik, politik juga tapi janganglah terlalu membohongi rakyat Sabah. Sudahlah gagal sebagai kerajaan negeri Sabah. Hemmm!
Akhirnya rakyat Sabah tanpa mengira jenis bangsa dan agama sewajarnya mengundi calon dari GRS, agar semangat orang Sabah yang berkobar kobar menolak parti parti Malaya tidak lagi dijadikan modal politik setiap kali pilihan raya.
Kenapa aku katakan calon calon GRS, sebab kepimpinan GRS tidak mempolitikkan bangsa, agama dan menjanjikan manifesto yang tidak masuk akal. Tapi bila menjadi kerajaan negeri, mereka berjaya merealisasikan beberapa elemen dalam perjanjian Malaysia dan yang paling penting berjaya mengangkat ekonomi Sabah sekaligus menyediakan peluang pekerjaan dan rangkaian ekonomi kepada lapisan masyarakat Sabah.
Sabahan hari ini adala soal menolak parti Warisan walaupun ia parti tempatan dan jangan lupa parti UMNO juga wajar DITOLAK bukan kerana ia parti tempatan tapi dimana ada UMNO maka pentadbiran kerajaan negeri tidak akan stabil selagi bukan mereka yang mengetuainya.






















Leave a Reply