Shafie Jangan Salahkan  GRS, Semporna Terkenal Kotor Sejak Warisan

Mula mula aku ingin mengulang kenyataan sebelum ini berhubung  Majlis Daerah Semporna atau PBT yang beriya iya mengindahkan Pekan Semporna sedangkan ia kerja yang sia sia. Bukan hanya sia sia tapi ditertawakan Shafie Apdal dan orang orangnya dari belakang. Kita juga boleh katakan semakin lah kepimpinan Warisan Semporna makan gaji buta sebab ada belaci mereka di dalam. Pui!

Nah terbukti hari ini Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal berkata susulan video pelancong asing pasal Pekan Semporna yang sangat kotor.

Shafie menyalahkan kakitangan Majlis Daerah Semporna yang gagal memikul tanggungjawab dan mereka dilantik oleh kerajaan GRS.

Sebab itu aku pernah tegaskan lebih baik kos mengindahkan Pekan Semporna digunakan mengurus kampung kampung di sekitar Semporna, ada lagi faedahnya.

Bukan hanya berfaedah tapi mampu menaikkan nama GRS atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dikalangan rakyat Sabah.

Setahu aku ekonomi Pekan Semporna banyak disumbangkan oleh penduduk yang tinggal di pesisir laut. Kalau tidak percaya pergi tanya kedai kedai borong di Pekan Semporna, siapa yang ramai membeli.

Tapi yang dilakukan oleh PBT Semporna terhadap orang kampung malah bertentangan. Seolah olah supaya orang kampung menyalahkan kerajaan negeri atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Aku pernah menulis di Facebook bahwa jangan Majlis Daerah Semporna bertindak sesuka hati menidakkan hak orang kampung. Ibu bapa mereka belum lahir tapi kampung berkenaan sudah wujud. Serahkan pada kepimpinan Warisan jangan rosakkan nama kerajaan GRS. Kerja bodoh kok itu.

Licik puak ni sebab itulah mereka tidak pernah menghentam politik Shafie Apdal. Mereka hanya pura pura melawan Shafie dari belakang.

Satu ketika aku pernah whatapps seorang Menteri GRS. Aku bagi tau lagak mereka ketika masuk kampung, kalah Ketua Menteri Sabah lepas itu pandai pandai menafikan hak orang kampung. Terus Menteri itu balas kesiannya maksudnya mereka yang masuk kampung berlagak hebat itu sememangnya syok sendiri sebab itu bikin kesian. Hahahah!

Berbalik isu pokok, tidak usahlah Shafie membabitkan GRS kalau dia mau hentam hentam saja MDS tu. Bukan juga tu sesiapa, kamu kamu juga kok itu. Bukan kali pertama Pekan Semporna di cop Pekan terkotor Malaysia, semasa kerajaan Warisan pun Pekan Semporna juga diviralkan oleh pelancong asing juga pekan terkotor di Malaysia.

Terus ketika itu kepimpinan Warisan di peringkat Semporna bergotong royong membersihkan Pekan Semporna. Masih salahkan kerajaan GRS?

Betullah tu bukan hanya bukan jalan penyelesaian jangka panjang tapi untuk jangka pendek sekalipun. Kalau gotong royong seperti itulah pasti tidak membuahkan hasil. Ia hanyalah gotong royong berupa gimik politik semata-mata. Dimana gotong royong itu diadakan, di kawasan mana, betul ke kawasan berkenaan dipenuhi sampah sarap? Setahu saya semenjak kerajaan GRS susah kita nampak kawasan […]

Gotong Royong Warisan Semporna Bukan Penyelesaian Jangka Panjang

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading