Bung Mokhtar Makin Bongok Persoal Status GRS

Sebab itu aku kata jangan takut mengeluarkan kenyataan sekalipun anda telah membuat kesalahan atau kesilapan atau telah nampak bodoh.

Tapi teruskan menghentam pemimpin-pemimpin UMNO walaupun tidak lagi berkesan pada  mereka. Akibat keadaan mereka yang kian terdesak dan sudah tidak ada perasaan malu.

Aku ingin kata begini, sebesar apapun kesalahan yang dilakukan oleh kepimpinan GRS. Percayalah kesalahan yang mereka lakukan jauh lebih besar dan berulang ulang sejak sekian lama.

Teruskan mempertikai kesalahan dan kelemahan pemimpin UMNO dan Warisan dari semasa ke semasa. Jika tidak nanti masyarakat akan melupakan kesalahan mereka sebaliknya kita pula yang dianggap bersalah.

Baru saja semalam kita ternampak gambar Bung Mokhtar pura pura ketawa setelah hukuman penjara yang sepatutnya dia jalani, berjaya dia tangguh atas alasan peguamnya sakit tenat.

Aku juga dengar semalam anaknya yang berstatus public figure telah di tahan Polis kerna mempolitikkan tragedi Zara dengan  memfitnah kerajaan negeri, kononnya kematian adik Zara Qairina adalah kematian yang dirancang. Gila punya kenyataan. Pui!

Tadi aku nampak entri Bung Mokhtar di Facebook yang mempertikai adakah GRS sudah hilang dalam gelombang Malaya. Bung merujuk gambar perjumpaan Perdana Menteri Anwar dan kepimpinan GRS di Kuala Lumpur.

Aku difahamkan tujuan Perdana Menteri Anwar membuat perjumpaan termasuk Presiden UMNO adalah bagi memujuk GRS supaya menerima UMNO sebagai rakan menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Tapi si Bung Mokhtar pura pura mempertikai status GRS, adakah masih tempatan atau tidak.

Sepatutnya si Bung Mokhtar turut dipanggil supaya dapat membuktikan UMNO Sabah ada autonomi dalam  menentukan dengan siapa mereka bekerjasama. Sekaligus membuktikan pada  Datuk Armizan, UMNO menghadapi pilihan raya negeri Sabah tanpa GRS.

PUTUNGAN mu bha Bung Mokhtar temberang saja kau sana. Hahaha!

Sudah tentulah GRS masih tempatan malah semakin tulen khusus untuk orang orang Sabah tanpa mengira jenis bangsa dan agama.

Kenapa si Bung Mokhtar tidak mempersoal parti Warisan, masih parti tempatan kah tidak, setelah Langkah Kinabalu. Pui!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading