
Bila orang dewasa yang terpalit dengan rasuah di Mahkamah berkata kata. Dia akan gunakan isu orang lain untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan selama ini. Seperti mana ucapan anak Bung Mokhtar di perhimpunan Justice for Zarah yang berlangsung di daerah Kinabatangan;
Si Naim sengaja membuat kenyataan yang skeptikal terhadap kerajaan negeri dia kata cukuplah kezaliman ke atas masyarakat dan tragedi Zara itu adalah kezaliman kerajaan negeri.
Itu aku kata bila golongan yang terdesak kerna aktiviti rasuah berkata kata.
Itulah yang dipanggil mempolitikkan tragedi Zara atau cuba berdiri atas musibah orang lain.
Kalau Naim bukan dari masyarakat yang terpalit dengan tuduhan pecah amanah membabitkan wang rakyat atau mengambil hak orang lain, tahanlah sikit. Ini tidak semacam sengaja mencetuskan huru hara agar lebih banyak hak orang lain yang mereka dapat ambil.
Pertanyaannya apa bentuk kezaliman yang telah dikenakan pada masyarakat sebelum tragedi Zara dan siapa yang melakukannya?
Bukan sebaliknya kah hari ini golongan yang mempolitikkan Zara terdiri orang orang yang tidak reti diuntung tapi pandai berlagak kisah pada orang lain. Bukan kah itu sikap yang hipokrit dan zalim?
Kalau kisah sangat pulangkan dulu hak orang yang di ambil.
Adakah kezaliman yang dimaksudkan ialah pendakwaan ke atas Bung Mokhtar dan isterinya di Mahkamah berhubung skandal rasuah FELCRA? sedangkan pihak yang membongkar skandal FELCRA bukannya pemimpin GRS. Tapi kepimpinan PH ketika itu malah pendakwaan di Mahkamah berlaku dalam kerajaan PH.
Dan kenapa kerajaan negeri dikaitkan dengan tragedi Zara. Dari sudut mana kerajaan telah menzalimi arwah adik Zara? bukan kah pihak yang mengurus tragedi seperti itu dibawah tanggungjawab pihak Polis, Hospital dan Peguam Negara. Kenapa pula kerajaan negeri yang dipersalahkan?
Kenapa kes bunuh pelajar Sekolah Vokasional Lahad Datu tidak menjadi isu panas hingga ke peringkat antarabangsa. Kenapa keluarga murid membunuh tidak dicaci oleh penyokong pembangkang? kenapa penyokong Warisan dan UMNO tidak menukarnya menjadi modal politik?
Si Naim juga mendakwa kematian adik Zara Qairina adalah pembunuhan yang terancang.
Biasanya perkara yang dirancang, pasti membabitkan orang orang tertentu dan sukar untuk dikesan sehinggalah ada individu terbabit yang membocorkannya. Dalam hal ini si Naim adalah orang pertama membocorkannya, itu bererti si Naim mengenali pembunuh arwah Zara Qairina.
Jadi kita selaku masyarakat ingin tahu sejauh mana kebenaran dakwaan si Naim berkenaan. Maka sewajarnya dia dipanggil untuk menjalani soal siasat yang lebih lanjut.
Sakan begitu yakinnya si Naim. Dia sanggup dipertanggungjawabkan walaupun membabitkan anak pemimpin atau anak Raja sekalipun.
Pokoknya si Naim mendakwa kematian adik arwah Zara adalah pembunuhan terancang.
Hebat anak pemimpin UMNO ni, aku ingat pihak Warisan saja yang mempolitikkan tragedi Zara, rupanya anak Ketua UMNO Sabah lagi tegar. Alahai!
Aku sedar dan tahu begini sikap pemimpin dan penyokong UMNO dan Warisan berhubung tragedi Zara sebab pemimpin-pemimpin mereka terlibat dengan aktiviti mencuri wang dan hak rakyat maka tragedi Zara adalah peluang terbaik untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap kerajaan semasa, sekaligus melupakan kesalahan dan kegagalan mereka.
Apa hukumnya membunuh dan mengambil hak orang? hukumnya tetap salah di sisi hakim dunia dan Tuhan.
Sabahan tanpa mengira jenis bangsa dan agama kamu tolak UMNO dan Warisan kaw kaw.
Jangan mereka perkudakansi tragedi Zara sedangkan mereka lebih teruk dan zalim.
Kerosakan yang dilakukan hingga mengubah struktur rakyat Sabah lebih teruk dari membunuh.






















Leave a Reply