UMNO Tidak Berani Bertanding Solo Pada PRN17 Ini

Presiden UMNO, Ponorogo secara tidak langsung mengakui UMNO Sabah dalam kedudukan yang sangat lemah, sebab itu tidak berani bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri ke 17. 

Tapi di media cuba menyembunyikan mereka kononnya tidak boleh bertanding solo. Perangai macam hantu raya, masih ada istilah tidak boleh? bohong.

Kenapa tidak berani bertanding solo? sebab Si Zahid Hamidi sedar UMNO akan kalah teruk. Walhal sebelum ini si Bung Mokhtar berlagak hebat kononnya UMNO tidak akan bekerjasama dengan GRS pada pilihan raya nanti. 

Lalu dicabar oleh Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan supaya hasrat si Bung Mokhtar itu ditunaikan dan jangan ada pihak yang menghalangnya.

Ternyata cabaran Bung Mokhtar itu hanyalah sampah sarap.

UMNO bertanding solo di Sabah? bangsa Melayu sendiri ramai yang mengtongsampahkan UMNO, apa lagi orang Sabah.

Si Bung Mokhtar sekalipun satu drum darah ayam dia minum, aku yakin masih  gagal menyakinkan Zahid Hamidi untuk bertanding solo. Walaupun itu hanyalah lakonan mereka biar nampak masih kuat pada penilaian rakyat.

Bukan apa sudah tiada rasa malu gara gara keputusan Mahkamah yang mendapati dia dan isteri bersalah makan rasuah. Ertinya alang alang malu biarlah semua penyokong UMNO turut hancur  dan menanggung malu kerana mempertahankan pemimpin maling.

Pada pilihan raya negeri 2020 tiga calon UMNO kalah kepada calon Bebas. Apa lagi setelah tiga calon Bebas menyokong kerajaan Datuk Hajiji Noor. Mangkinlah kuat dan berkeupayaan menghadapi calon dari Warisan dan UMNO.

Pada pilihan raya negeri 2020, sentimen orang Sabah terhadap UMNO tidak seteruk hari ini. Walaupun UMNO dan Warisan pernah membuat pakatan haram dipanggil Langkah Kinabalu untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Tapi kebencian majoriti orang Sabah terhadap UMNO semakin bertambah.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading