GRS Tolak Cadangan PM Anwar UMNO Dalam Kerjasama GRS PH

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Masiung Banah menolak cadangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar UMNO/BN turut ada dalam kerjasama GRS dan PH bagi menghadapi pilihan raya negeri ke 17 akan datang.

Kerana Masiung berpendapat. 

“Tidak mungkin persefahaman itu dapat dicapai kerana ia akan mengelirukan pengundi. Lagipun GRS dan PH sudahpun terlebih dahulu mencapai kata sepakat untuk meneruskan kerjasama politik.

“Jika kerjasama tiga gabungan parti itu berlaku, kami berpegang pada kenyataan Perdana Menteri pada 11 Mei lalu di Tawau supaya Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengetuai rundingan pembahagian kerusi,” katanya.

Sebelum ini Anwar Ibrahim menyatakan bahwa tidak akan berlaku pertembungan dikalangan calon calon GRS, PH dan BN.

Walhal sebelum ini Bung Mokhtar siap berlagak UMNO akan menghadapi pilihan raya negeri ke 17 tanpa GRS. Sekali keangkuhan yang direka reka itu disahut oleh Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan supaya Presiden UMNO tidak menahan hasrat Bung Mokhtar itu.

Rupa rupanya itu hanyalah lakonan pemimpin-pemimpin UMNO Sabah supaya nampak ganas dan masih kuat. Pui, dasar UMNO sarat dengan pemimpin maling. Pui!

Sepatutnya UMNO meneruskan kerjasama dengan Warisan memandangkan sudah ada pakatan sejak dari awal yang dipanggil Langkah Kinabalu, langkah cuba  merompak jawatan Ketua Menteri Sabah daripada GRS atau Datuk Hajiji Noor.

Kepimpinan UMNO memang tiada maruah terpaksa berselindung disebalik Perdana Menteri.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading