Murid Tidak Hadir Sebab Tiada Air, Salah Siapa? Kau Tau Kah Musli?

Ini lagi satu cerita dongeng dan lapuk dari si Musli Oli.

Berhubung memo Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah kepada pelajar mereka. Akibat tidak hadir kerna gangguan air. 

Sebelum ini memo berkenaan telah dipolitikkan oleh si Aziz Jamman dan telah mengundang kemarahan netizen terhadap kepimpinan Warisan itu sendiri. Padan muka!

Aku sendiri turut mengkritiknya di blog ini.

Perlu juga ketahui ketika itu Bung Mokhtar adalah Menteri JKR Sabah yang bertanggungjawab membina dan membaiki prasarana di negeri Sabah, termasuklah gangguan air.

Sebab itulah  Bung Mokhtar pernah mencadangkan pada kerajaan persekutuan yang dia memerlukan peruntukan 3 hingga 4 bilion ringgit bagi menyelesaikan isu air di Sabah.

Lama sebelum ini iaitu sekitar tahun 2019 syarikat konsesi air asal telah ditamatkan kerajaan Warisan dan diganti dengan syarikat kroni  yang bertanggungjawab mengurus 58 loji air seluruh Sabah.

Namun sehinggalah kerajaan Warisan tumbang dan jawatan Menteri JKR dilucutkan dari Bung Mokhtar, gangguan air masih menjadi topik dikalangan masyarakat. Nasib baik kerajaan GRS cepat bertindak walaupun terpaksa bermula dari awal. 

Dalam pada itu,  si Musli telah membuktikan yang politiknya sudah tepu dan ketinggalan bas. Iyalah selepas hampir 4 tahun baru dia tahu memo itu wujud.

Yang peliknya kenapa pula pembangkang yang mempolitikkannya sedangkan sebenar kata gangguan air berasal dari mereka, sampaikan pelajar sekolah turut terjejas. Hahaha!

Hari ini adalah soal Sabahan Vs Warisan UMNO!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading