
News itu kata selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Teknikal, Majlis Tindakan Perlaksanaan M63 yang berlangsung di Menara Kota Kinabalu kelmarin.
Kata putus telah diambil dan cadangan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 12 September ini di Kuala Lumpur.
Justeru tindakan yang sesuai perlu diambil memandangkan Persatuan Undang-Undang Sabah telah memfailkan tuntutan 40% di Mahkamah.
Namun menurut Timbalan Perdana Menteri daripada Sarawak, Fadillah Yusof terdapat batasan undang-undang yang menghalang pemuktamadan sebagai jalan penyelesaian tanpa keputusan daripada Mahkamah.
Aku tidak pasti adakah undang-undang yang dimaksudkan itu undang-undang yang sedia ada ataupun menunggu keputusan Mahkamah yang dibawa oleh Persatuan Undang-undang Sabah berkenaan.
Aku pernah tulis sebelum ini tentang risiko membawa tuntutan perjanjian Malaysia 1963 ke Mahkamah. Bahwa sebarang keputusan hakim selepas itu akan memberi kesan atau mengganggu perundingan antara negeri dan persekutuan.
Bagus juga bha supaya menjadi pengajaran kepada pihak pihak diluar sana. Kalau bercakap pasal perjanjian Malaysia 1963 macam undang-undang yang sedia ada tidak lagi laku atau paling extrim seolah-olah Yang Dipertuan Agong sudah tidak wujud. Pui!
Khususnya pihak Warisan. Aku tahu mereka ada pasang satu NGO yang sentiasa bercakap soal M63 tapi akhirnya mengajak supaya menyokong Warisan, kononnya hanya Warisan yang mampu membuat tuntutan hingga tuntas. Pui, pembohong besar.
Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan, Menteri Kewangan Sabah Masidi Manjun dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick






















Leave a Reply