
Kini parti Warisan benar benar ada dua watak sama dengan Presidennya Shafie Apdal, terkenal main dua kolam. Dua kolam semasa kemelut mencari calon pengganti Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kalau bukan Shafie, itu hari lagi Anwar duduk sebagai Perdana Menteri tanpa UMNO.
Tapi diluar sana segala jenis orang mendakwa Warisan parti tempatan dan hanya fokus pada negeri Sabah. Tahu tahu yang dikejar bukan hak tapi kuasa semata mata, sebab itu ada hati bertanding di Malaya dan ada cita cita ingin jadi Perdana Menteri Malaysia. Tidak ada fikiran logik langsung.
Parti tempatan apa, kalau parti pun, parti bekas. Lepas itu kamu tengok siapa pemimpinnya dan penyokongnya. Orang kata ramai yang tidak jelas.
Walaupun tampak konsisten bercakap soal Sabah dan seolah olah hanya mereka yang memperjuangkan hak hak Sabah. Tapi terbukti beberapa kali parti Warisan tidak memenuhi syarat sebagai parti tempatan dan tunggal.
Seawal kemunculan parti Warisan, ramai yang terpedaya Warisan tidak akan berkerjasama dengan mana mana parti dari Malaya. Tapi yang berlaku, kerajaan Warisan dibentuk bersama parti dari Malaya. Lepas itu bertanding di Malaya. Dari saat ini rakyat Sabah mulai mempersoal dan tidak lagi melihat Warisan sebagai parti tempatan.
Kerjasama Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar dan Shafie Apdal yang dipanggil Langkah Kinabalu. Ini benar membuka mata rakyat Sabah bahwa Warisan bukan parti tempatan dan tidak berpegang pada prinsip perjuangan, yang mereka kaitkan dengan hak dan perjanjian Malaysia 1963. Tapi lebih kepada mendapatkan kuasa dengan apa cara sekalipun. Makanya dua tahun jadi kerajaan negeri, perkara besar yang mereka buat ialah menukar syarikat konsesi air yang masih ada baki kontrak dengan syarikat milik kroni.
Banyak lagi lah isu yang berlaku, walaupun nampak remeh tapi melekat di hati rakyat iaitu tidak menunaikan janji pada orang kampung. Justeru rakyat Sabah bertanya, mana slogan Sabah Ubah yang fokus pada negeri dan rakyat Sabah.
Berbalik pada isu. Pada 20hb Setiausaha Agung Loretto mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka bertanding solo pada pilihan raya negeri akan datang. Bergabung konok bukan jalan mereka. Pui!
Sedangkan sebelum ini, kepimpinan Warisan tampak ingin sangat bekerjasama dengan UMNO. Seperti yang dilaporkan media rasmi parti UMNO dan kenyataan dari Naib Presiden Warisan itu sendiri.
Selain aktiviti nyata yang menunjukkan beberapa pemimpin Warisan termasuk Loretto sendiri terhegeh hegeh menyambut ketibaan Presiden UMNO di lapangan terbang Kota Kinabalu. Kalau tidak silap ia berlaku di tengah tengah Langkah Kinabalu.
Bila tidak ada parti tempatan dan Semenanjung sudi bekerjasama dengan parti Warisan. Pihak Warisan cepat cepat menjemakan semula Warisan sebagai parti tempatan.
Aku ada tulis bha barang ni yang bertajuk; Akibat Tamak dan Jahat, Warisan Sebatang Kara Hadapi Pilihan Raya
Jadi begini kesimpulannya. Langkah Kinabalu yang berniat jahat cuba menjatuhkan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor atau kerajaanGRS. Cukup menunjukkan dan membuktikan warna sebenar parti dan kepimpinan Warisan. Lepas ini kalau mereka bercakap apa pun tentang hak hak Sabah yang kononnya hanya boleh dituntut jika Sabah diperintah oleh parti tempatan, jangan lagi ada yang percaya. Hanya orang bodon yang mempercayai mereka.





















