
Pemimpin UMNO, walaupun terkait salah guna kuasa tapi akan terus bercakap dan menganggap rakyat tidak tahu kes Mahkamah yang mereka hadapi.
Begitu sikap pemimpin UMNO dan kamu sebagai rakyat tidak merasa diperbodoh kah? bagaimana jika sekiranya Bung Mokhtar dan Zahid Hamidi hidup sekeliling anda dan berkali kali mengambil hak orang? apa kamu tidak marah dan terus mempercayai kata kata mereka?
Semalam keluar berita UMNO tidak ada slogan bagi menghadapi pilihan raya negeri. Tapi janji memajukan Sabah.
Kenyataan yang retorik, slogan sloganlah, bab memajukan Sabah, majukan sajalah.
Tapi lebih 20 tahun UMNO menguasai Sabah tiada apa juga. Berbanding negeri negeri lain di Semenanjung selain Kelantan yang kita tahu negeri pembangkang. Nasib baiklah kepimpinan negeri Sabah waktu itu ligat mencari jalan memajukan Sabah. Termasuklah berhutang pada Bank Negara Malaysia, sebahagiannya digunakan untuk membina PPNS dan SICC. Kalau mengharapkan UMNO dari pusat semata-mata memang tiadalah.
GRS pada pilihan raya negeri 2020 tidak ada slogan yang diperkenalkan. Tapi hari ini kepimpinan GRS berjaya memajukan Sabah. Begitu banyak program untuk rakyat diperkenalkan dan dijalankan sehingga hari ini.
Yang sebenarnya UMNO sedar mereka dari seberang dan ditubuhkan untuk membela nasib orang Melayu makanya slogan Hidup Melayu sinonim dengan parti UMNO.
Kalau pun UMNO ada slogan, pasti bertentangan dengan semangat dan tuntutan orang Sabah yang bukan Melayu.
Awal awal lagi UMNO cuba memanipulasi pemahaman rakyat Sabah.
Semalam juga tersebar berita Bung Mokhtar dilantik sebagai ahli lembaga RISDA.
Bung sedang dalam perbicaraan akhir di Mahkamah Rayuan. Tapi boleh lagi Presiden UMNO menawarkannya jawatan sebagai Ahli Lembaga RISDA. Agensi yang hampir sama dengan FELCRA dimana Bung Mokhtar dan isteri terpalit rasuah hingga dibicarakan di Mahkamah.
Dalam masa penyokong UMNO terus beretorik dengan video si Albert. Kita sedar ia untuk menutup skandal rasuah yang dihadapi oleh pemimpin pemimpin UMNO.
Berulang kali kita jelaskan video itu di dakwa sebagai rasuah. Soalnya sekarang kerajaan negeri dan rakyat mana yang telah menanggung kerugian?






















Leave a Reply