Semalam viral cerita “banjir’ di bangunan PPNS. Semalam juga para laskar pembangkang ibarat baru dapat makan selepas sebulan. Diciptalah infografik seolah olah PPNS bertukar menjadi air terjun. Pembohongan terbesar pembangkang semata mata berniat jahat. Pui!
Sebelum ini aku ada buat infografik berkenaan kemalangan yang sering berlaku di jalan raya persekutuan Kinabatangan, Lahad Datu dan Semporna.
Macai pembangkang marah sebab konon saya mempolitikkan bencana alam. Itu bencana alam kah? itu kegagalan selaku ahli Parlimen yang hanya rajin menyalahkan kerajaan negeri.
Tapi bab limpahan air di bangunan PPNS yang terang terang disebabkan kelalaian syarikat yang bertanggungjawab, boleh pula macai pembangkang buat kenyataan yang bertentangan dengan akal.
Tapi rakyat Sabah tidak bodoh macam mereka. Dibawah penjelasan JKR berhubung “banjir’ di PPNS.

Pada 30 April 2025 (Rabu, 12.25 petang) telah berlaku limpahan air yang memasuki kawasan-kawasan pejabat Blok A, Menara Kinabalu. Limpahan air tersebut telah mengakbibatkan sebanyak 2,588 meter persegi kawasan pejabat dibanjiri air daripada Aras 11 (864 sq-m), Aras 10 (720 sq-m), Aras 9 (580 sq-m), Aras 8 (290 sq-m), Aras 7 (145 sq-m), beserta kawasan Lif dan tangga kecemasan.
Limpahan ini berpunca daripada kerosakan pada komponen Float Valve tangki air simpanan sistem pencegah kebakaran (wet riser) di aras 11 Blok A. Pada masa yang sama, pam air sistem bekalan air paip telah mengepam air masuk secara automatik dan secara berterusan ke tangki wet riser. Kelewatan pihak syarikat Pengurusan Fasiliti, Sinar Uni-Resources Sdn. Bhd. untuk menutup pam air telah mengakibatkan air melimpah dengan banyak sehingga mengakibatkan ruang-ruang pejabat ditakungi air. Dianggarkan lebih kurang 34,000 liter air telah dipam secara berterusan dalam tempoh 45 minit yang telah mengakibatkan limpahan air tersebut. Komponen yang rosak ini telahpun digantikan serta merta.
Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan, penyelenggaraan dan bagi mengurangkan risiko kerosakan pada sistem lif, Sistem Pengoperasian Lif (8 Buah) telah ditutup serta merta semasa kejadian. Walau bagaimanapun, operasi satu lif kakitangan telah disahkan selamat pada jam 6.00 petang, 30 April 2025, manakala satu lif kargo tidak terkesan daripada insiden dan masih berfungsi seperti biasa. Bagi kerja-kerja pembersihan, ianya selesai dilakukan pada jam 11.30 malam, 30 April 2025.
“SABAH MAJU JAYA”






















Leave a Reply