
Menurut Presiden UMNO Zahid Hamidi. Belum ada poster boy UMNO bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang. Walaupun pengampu Bung Mokhtar sudah buat infografik dan menyebarkannya.
Sedikit nasihat untuk UMNO. Pada pilihan raya Sabah akan datang jangan pernah ada poster boy. Hancur nanti tidak berkutip.
Sudah jatuh ditimpa tangga itu gambaran yang kita boleh bagi. Menyebabkan kredibiliti Bung Mokhtar dan Suhaimi Nasir terus tercalar, kebetulan dua dua dari Sandakan.
Teruk benar pemimpin UMNO Sandakan kena hentam oleh Presiden sendiri. Dulu Anwar Ibrahim dan Zahid tidak hadir ke himpunan BN Sabah yang di adakan di Sandakan. Walaupun bapa punya besar, gambar Zahid dan Anwar di gantung di bangunan UMNO Sabah.
Zahid Hamidi datang ke Tuaran untuk menghadiri Mesyuarat Bahagian UMNO yang turut dihadiri Datuk Hajiji selaku Presiden PGRS. Walaupun cuba dihalang oleh Bung.
Pokoknya UMNO semakin teruk gara gara Bung Mokhtar dan Suhaimi Nasir. Sebab itu berpotensi dua pemimpin ini akan terpinggir dari UMNO.
Lain kali ikut saja percaturan Presiden UMNO. Kamu berdua kena ingat yang membuat watikah calon pilihan raya, bukan Bung atau mana mana pemimpin UMNO Sabah. Melainkan tunggal, Presiden UMNO.
Baru ni tular kenyataan Suhaimi Nasir, UMNO akan bertanding sehingga 40 kerusi. Sebelum atau selepas itu kalau tidak silap, mereka menamakan Bung Mokhtar sebagai poster boy atau calon Ketua Menteri Sabah.
Petang tadi Ketua Penerangan PKR Sabah menafikan belum ada perbincangan dengan PH. Sekaligus membatalkan dakwaan UMNO akan bertanding sehingga 40 kerusi.
Semua diatas hanyalah cerita UMNO, jangan hafal sangat. Bukan tidak biasa dengan kenyataan flip flop mereka. Bersumpah atas nama Tuhan pun mereka sanggup.
Pun begitu jangan kita terlalu menidakkan mereka. Jika ada persefahaman yakni UMNO akur pada kehendak GRS PH. Maka GRS + PH + UMNO akan muncul sebagai gandingan pilihan raya menghadapi pembangkang.






















Leave a Reply