
Macam mana kita jelaskan pembodohan dijalankan oleh macai Warisan, Mawar Chanel terlalu kritikal sudah temberang mereka. Konon hutang kerajaan GRS PH sudah RM6 bilion; seolah hanya dalam tempoh empat tahun Sabah telah berhutang sehingga RM6 bilion.
Penat oh mengejar kerja golongan munafik.
Yang pasti tiada negeri di Malaysia tidak berhutang pada persekutuan dan itulah antara fungsi kerajaan Persekutuan.
Setelah hasil dari semua negeri disatukan barulah diagihkan ke negeri negeri dalam bentuk peruntukan tahunan dan pinjaman atau hutang; bergantung pada kemampuan negeri.
Logiknya; Sabah rugi atau sewajarnya berhutang lebih banyak berbanding negeri negeri lain, apa lagi dengan kadar interest yang rendah; ini kerana Sabah tidak menerima sepenuhnya 20% royalti minyak dan hasil Sabah 40% seperti termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.
Jadi pada pemimpin dan macai Warisan nampak sudah kamu; kepimpinan GRS tidak bodoh dan bacul macam kamu.
Jawapan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi yang dimanipulasi pihak Warisan melalui page Mawar Chanel, hanyalah satu lagi bukti kebodohan dan pembodohan pihak Warisan. Nampak semakin biul bila si Darell bekas Menteri Persekutuan turut mengongsi posting berkenaan; amat memalukan.
Hutang 6 bilion adalah hutang terkumpul dari kerajaan BN, Warisan dan GRS.
Kerajaan Sabah GRS hanya berhutang sekitar 2 bilion. Jumlah yang normal, seperti juga negeri negeri lain, termasuk Sarawak.
Kamu tidak terkejut kah; baru setahun Warisan jadi kerajaan negeri, sudah berhutang sehingga 1 bilion. Tapi tidak ada pembangunan yang dirasa oleh rakyat Sabah. Masalah air, jalan raya dan letrik tetap sama tiada penambah baikan, akhirnya di warisi kerajaan GRS.
Tahun 2020 kerajaan semasa terpaksa menambah hutang bagi meneruskan pembangunan yang tergendala akibat kegagalan kerajaan Warisan.
Berdasarkan Penyata Kewangan Negeri Sabah. Klik link ini, Penyata Kewangan Negeri Sabah

Kamu tengok pula simpanan tunai kerajaan Warisan untuk tahun 2019, terkurang sepanjang sejarah ekonomi Sabah. Wang tunai dalam tangan mencecah kosong? ke mana tunai dibelanjakan oleh Ketua Menteri Shafie ketika itu?






















