
Adun Sri Tanjung Justin Wong dari parti Warisan. Tanpa dia sedari sedang menunjukkan tahap kredibilitinya yang rendah dan betapa hipokrinya mereka selaku pemimpin Warisan.
Macam juga bosnya, kalau menyentuh isu rasuah dan tadbir urus yang baik di sidang Parlimen, seolah olah semua tauke yang membagi komisen projek Kementerian KKLW, sudah mati. Maksud saya kenapa Shafie berani menuduh orang lain rasuah sedangkan dia antara pelaku rasuah nombor satu di Malaysia?
Justin berlagak sebagai pemimpin yang berintegriti, bila berkata sidang DUN esok akan telanjangkan skandal rasuah Sabah.
Bukan skandal rasuah sebenarnya. Tapi semata-mata tuduhan rasuah si Albert Lie setelah gagal mendapatkan hampir sejuta ekar tanah di Sabah. Itu pun tuduhan rasuah si Albert Lie sikit pun tidak membabitkan wang rakyat Sabah.
Pandailah kau Justin. Kenapa tidak bahas dakwaan SPRM ke atas Shafie Apdal. Bahwa RM1.5 bilion wang rakyat yang disalurkan ke kementerian KKLW telah diseleweng oleh Shafie Apdal dan kerabatnya. Mustahil kau tidak maklum, kau kan berasal dari parti DAP yang juga galak membongkar skandal dalam Kementerian KKLW.
Bukan hanya skandal KKLW yang telah menjejaskan kredibiliti Shafie Apdal. Tapi juga sewaktu kerajaan Warisan beberapa kroni Ketua Menteri Shafie dihadapkan ke Mahkamah kerana rasuah, sehingga hari ini masih dalam perbicaraan.
Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar jangan lupa. Kepimpinan orang ini juga wajib dipersoalkan di sidang DUN.
Bung Moktar ketika menyandang Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Usai perbahasan, jangan lupa tuntut Shafie dan Bung supaya memulangkan wang rakyat mereka curi kepada rakyat Sabah.
Maka itu lemparkan pertanyaan adakah Shafie layak bercakap pasal prasarana di negeri Sabah dan mengkritik kredibiliti orang lain?
Untuk makluman satu satunya pemimpin dari Sabah yang pernah dipakaikan baju oren dan dihadapkan ke Mahkamah oleh SPRM ialah hari ini Presiden parti Warisan, Shafie Apdal.
Kamu masih ingat kah, siapa yang dilantik oleh Ketua Menteri Shafie sebagai Datuk Bandar Sandakan? Tauke Cina dari Sarawak kan. Status tauke Cina tu tidak sama dengan Albert Lie kah? samalah bodoh.






















Leave a Reply