
Bukan kali kedua atau ketiga terbukti dakwaan Adun Tanjung Aru, Junz Wong terhadap kerajaan negeri GRS adalah pembohongan dan manipulasi untuk mengelirukan rakyat Sabah.
Macam baru baru ini dia memuat naik gambar jalan raya rosak kononnya berlaku di Sabah. Bila bekas penyokong Warisan sendiri mencari kesahihannya ternyata berlaku di luar negara. Tapi masih juga si Junz Wong tanpa rasa malu menyebarkan kenyataan palsu.
Terbaru seperti yang diulas oleh Adun Apas yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Titingan.
Bahwa tuduhan Ahli Dewan Undangan Tanjung Aru Datuk Junz Wong melalui account FB dan Tik Tok mengenai kewujudan perjanjian air RM1.5 bilion adalah palsu dan dibuat dengan niat jahat untuk mengelirukan rakyat.
Junz Wong menyalak tentang projek yang tidak wujud. Dia hanya menembak dalam kegelapan, dan kenyataannya adalah fitnah dengan niat jahat.
Projek ini di peringkat cadangan, tanpa komitmen atau kelulusan dari Kerajaan Negeri. Surat Niat (Lol) hanya dikeluarkan untuk kajian, bukan untuk menganugerahkan sebarang kontrak. Hakikatnya, syarikat yang terlibat belum lagi menyelesaikan kajian mereka, dan tiada keputusan akhir yang dibuat.
Surat niat untuk kajian tersebut adalah dibiayai oleh syarikat sendiri dan tidak melibatkan dana awam. Begitu juga potensi pembiayaan daripada Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC). Ini hanya merupakan kemungkinan jika cadangan tersebut diluluskan, Setakat ini, lantikkan SCC sebagai pemberi pembiayaan Inisiatif Pembiayaan Persendirian atau Private Finance Initiative (PFI) belum dibuat kerana projek ini perlu diluluskan oleh Kerajaan terdahulu.
Junz Wong membuat tuduhan palsu dan sekali lagi merosakkan kredibilitinya sendiri. Beliau seharusnya mendedahkan “dokumen kukuh” yang dikatakannya telah diperolehi dan mengesahkan kesahihannya dan bukan membuat sebarang kenyataan dengan niat jahat untuk mengelirukan rakyat.
Tindakan tegas akan diambil. Junz Wong harus bertanggungjawab atas kenyataannya yang palsu, tidak berasas dan yang berniat jahat.





















Leave a Reply