Bukan Sahaja Shahelmey, GRS Sedia Terima Individu Sokong Aspirasi Sama

Bukan sahaja Ir Shahelmey yang berkemungkinan besar diterima sebagai calon GRS, sekiranya aspirasi kepimpinan mereka sama dengan agenda GRS.

Dibawah kenyataan Adun Apas yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata komponen itu bersedia menerima kemasukan pemimpin politik dari parti lain yang mempunyai aspirasi sama termasuk Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya.

Shahelmey dari Barisan Nasional yang penyokong pentadbiran Hajiji Noor hampir pasti tidak dicalonkan untuk mempertahankan DUN Tanjung Keramat pada PRN kerana didakwa telah โ€˜mengkhinatiโ€™ Umno oleh Ketuanya Bung Moktar Radin.

Namun Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Nizam Abu Bakar Titingan berkata sama ada individu yang diterima masuk nanti akan dicalonkan mewakili GRS dalam PRN, perkara itu diserahkan kepada pimpinan untuk diputuskan.

โ€œGRS terima sesiapa sahaja pemimpin atau individu (bukan hanya Shahelmey) mahu berkongsi aspirasi sama dengan perjuangan kami di bawah kepimpinan Hajiji,โ€ kata Adun Apas itu kepada FMT.

Jumaat lalu, Bung Moktar berkata Umno Sabah tidak akan memilih atau menyokong mana-mana pemimpin yang telah โ€˜mengkhianatiโ€™ parti untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Beliau mengulas kenyataan Shahelmey ingin membuat pengesahan mengenai status keahlian dalam Umno, selepas dikatakan digantung sebelum ini.

โ€œSekiranya ada pihak yang hanya mahu menyemak keahlian semata-mata kerana ingin bertanding dalam pilihan raya, maka Umno harus bertegas bahawa parti ini tidak memerlukan pemimpin yang tidak setia,โ€ kata Bung Moktar.

Penggantungan keahlian Shahelmey selama enam tahun diumumkan Umno Sabah 18 Mac 2023.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading