
Bila Ketua Menteri atau pemimpin yang bertanggungjawab bersikap terbuka dan tidak hipokrat. Tetap ada pihak yang tidak senang, hingga memaksa memutar belit kebenaran. Seolah-olah tidak ingin melihat rakyat Sabah ada pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab.
Sebelum itu suka saya mengambil satu contoh dari putar belit mereka.
Lihat tajuk yang diberikan oleh portal Malaysiakini dibawah, berkaitan kenyataan Datuk Hajiji Noor sebelum itu.
Itulah yang dipanggil bermain dengan tajuk bagi mencetuskan buruk sangka terhadap kerajaan negeri atau pemimpin-pemimpin GRS.
Golongan bodoh akan menokok tambah berdasarkan tajuk semata-mata, menjadi berita yang sangat negatif. Sebaliknya orang cerdik akan membaca isi berita dan mencari kesahihannya, menjadikan mereka faham dan berita itu akan bermanfaat kepada diri dan negeri bangsa.
Itu kok pentingnya hidup berilmu dan beradab supaya tidak mudah diperalatkan atau lebih parah sanggup bodoh demi pemimpin yang sebenarnya gagal dan tidak aman, seperti mana Presiden Warisan.
Shafie dan macainya, kuat kuat sembang pasal rasuah tapi dirinya sendiri didakwa di Mahkamah. Suka mempolitikkan kemajuan, sedangkan lebih satu penggal sebagai Menteri Luar Bandar Malaysia dan dua tahun sebagai Ketua Menteri Sabah. Apa yang telah di kecapi oleh rakyat Sabah? Jangankan itu, prasarana daerah Semporna sendiri dibuat oleh Musa Aman dan Hajiji Noor
Kamu ingat bangunan kerajaan dan pasar besar Semporna itu, Shafie yang usahakan kah? Bukan tapi era kerajaan Tun Musa Aman dan hari ini kerajaan GRS, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. Begitu juga kehadiran pelancong, ia juga hasil usaha kerajaan negeri GRS.
Tidak semasa kerajaan Warisan, malah kementerian Pelancongan terpalit dengan tuduhan rasuah.
Baru ini Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor menyatakan apa adanya sebagai pemimpin dan wakil rakyat Sabah secara umumnya. Bahwa kalau hanya berharap pada gaji wakil rakyat, memang tidak akan cukup. Gaji dan sedikit elaun hanya cukup untuk mengurus dan membantu masyarakat yang memerlukan.
Apa lagi kalau wakil rakyat jenis membantu tanpa mengira fahaman politik, lagi lah banyak menggunakan wang. Jadi kalau hanya bergantung pada gaji bulanan, memadai kah?
Sebab itulah perlu ada sumber pendapatan yang dipanggil dana wakil rakyat dan parti.
Kerajaan Malaysia tidak melarang mana mana parti atau wakil rakyat menerima wang sebagai dana parti. Selagi tidak merugikan negara ataupun negeri yakni wang itu dari peruntukan rakyat. Macam skandal Kementerian KKLW yang telah merugikan rakyat Sabah secara total.
Kuat benar macai Warisan mengata kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.
Mereka tahu kah, rumah Shafie di Semporna, berbaris orang minta duit. Bukan atas kerelaan mereka 100% tapi sengaja dipanggil agar nampak ramai.
Supaya orang luar beranggapan pengaruh Shafie masih kuat. Hakikatnya sedang merasuah orang miskin dan bodoh demi kelangsungan politiknya semata mata.
Dari mana Shafie dapat duit sebanyak itu, dari gaji bulanan? Pastilah bha dari skandal penyelewengan yang dikaitkan dengan Shafie, antaranya skandal KKLW dan terbaru sebagai Ketua Menteri Sabah. Klik link ini Shafie Dalam Skandal SUKUK RM10 Bilion, Wow!
Saya berani bersumpah atas nama Tuhan. Bahwa kenyataan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor itu sememangnya benar. Tidak mengada ngada, tidak membohong jauh sekali memfitnah untuk mencari populariti. Sebaliknya harus diterima secara terbuka oleh rakyat, ini kerana siapa pun yang menjadi kerajaan, mereka juga akan menggunakan jalan yang sama.
Datuk Hajiji Noor tidak ada skandal yang dikaitkan penyelewengan, tidak seperti Presiden Warisan, Shafie Apdal satu Malaysia kenal skandal KKLW dan dikaitkan dengan kaum keluarga dan orang terdekatnya.





















