Mari kita ambil serius tuduhan Jufazli terhadap bekas ketua menteri Sabah, Shafie Apdal, yang juga Presiden Parti Warisan Malaysia.
Jufazli menuduh Shafie Apdal, pemimpin yang mengkhianati rakyat Sabah. Sebab menurut Jufazli dalam diam Shafie mengatur rasuah untuk dirinya melalui pinjaman SUKUK RM10 bilion.
Sejujurnya sudah lama Shafie mengkhianati kepercayaan masyarakat Sabah. Bila mana banyak tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin pemimpin PKR ketika itu berkaitan dana kementerian KKLW. Tapi tidak sekalipun Shafie atau orang orangnya membuat laporan Polis sekaligus mengheret mereka ke Mahkamah.
Shafie antara pemimpin baik semasa bersama UMNO mahupun hari ini sebagai Presiden Warisan Malaysia, yang paling lantang menuduh Najib Razak mencuri dana 1MDB.
Hari ini Najib Razak meringkuk di penjara.
Apa lah sangat RM2.6 billion yang dihadapi Najib Razak berbanding rasuah SUKUK RM10 bilion yang diluluskan oleh Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah ketika itu. 10 bilion tu!
Skandal SUKUK membabitkan Shafie Apdal terbongkar apabila Shafie merekayasa kononnya langkah kerajaan negeri GRS menggunakan dana SUKUK untuk menyelamatkan SD Bank Berhad dan SIP sebagai pembaziran wang rakyat.
SD Bank Berhad dan SIP adalah milik kerajaan negeri Sabah. Tapi menjadi kesalahan pada Shafie sebab diselamatkan. Puii!
Namun tuduhan Shafie Apdal itu dinafikan dengan penuh fakta oleh Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun.
Dimana dalam sidang DUN, menteri kewangan menjelaskan dan mendedahkan. Shafie Apdal juga meluluskan bon SUKUK RM10 bilion tapi antara lain diguna menghapuskan hutang satu syarikat swasta.
Menghapus hutang syarikat swasta dengan menggunakan wang rakyat Sabah, tidak pula menjadi kesalahan bagi Shafie. Lucu!
Dalam pendedahan inilah Shafie dikaitkan dengan skandal 10 bilion, seperti mana dakwaan Jufazli di atas.
Dibawah kenyataan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Manipulasi Jahat Shafie Apdal Makan Dan Memalukan Diri – SUKUK, SIP Dan SB Bank
Sikap pemimpin dari Semporna ni, betul betul cakap tidak serupa bikin.
Macam juga kebanyakan penyokongnya.
Pagi bercakap seolah-olah sangat kisah dengan nasib orang lain. Esoknya bertukar macam orang yang tidak berpendidikan atau sememangnya moron, merendahkan dan menghina kebaikan yang dibuat oleh orang lain. Sedangkan mereka sendiri tidak melakukan apa apa.
Nah kali ini berdasarkan tuduhan rasuah dalam SUKUK 10 bilion, sewajarnya Shafie Apdal dan penyokongnya bertindak. Segera buat laporan Polis dan heret Jufazli ke muka pengadilan.
Ingat bukan saja buat laporan Polis, laporan Polis semua orang boleh buat. Tapi segerakan pendakwaan, biar dalam perbicaraan kelak semuanya terbongkar berdasarkan bukti dan saksi yang dipanggil.





















