
Harga tiket kapal terbang dari Semenanjung ke Sabah yang dikatakan mahal mencecah RM1700, berbanding tiket ke negara jiran. Ini kenyataan yang tersebar, namun tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Setakat dakwaan dari pemimpin yang dibicarakan di Mahkamah kerana rasuah, mana boleh diakui begitu saja, apa lagi menggunakan nama rakyat.
Sudah tentu pastilah berniat memburukkan kerajaan Sabah, walaupun disampaikan atas nama rakyat.
Ada banyak kemungkinannya tapi yang pasti hanya orang bodoh yang menyalahkan kerajaan negeri Sabah, GRS. Apa kaitan kerajaan negeri GRS dengan syarikat penerbangan swasta?
Sebaliknya kerajaan Warisan yang wajar dipersoalkan.
Baru ini, tindakan kerajaan Warisan meminjamkan wang rakyat Sabah melalui SDB kepada AirAsia viral semula. Ramai yang mempersoalkannya lalu si Junz Wong membuat kenyataan balas.
Junz Buat Justifikasi Skema Lulus RM300J Pada AirAsia
Kalau saya tidak silap, kononnya kerana hutang yang mereka berikan, rakyat Sabah mendapat perkhidmatan kargo udara. Kargo udara sudah lama sebelum ada parti Warisan pun.
Tawaran tiket murah tidak dijanjikan kah. Murah kah 1700 tu ? Hahaha.
Sekalipun murah bukan kerana kerajaan Warisan tapi setelah AirAsia berbincang dengan kerajaan negeri Sabah, GRS berhubung hutan RM300 juta.
AirAsia Cari Jalan Keluar Bagi Menyelesaikan Hutang Masa Kerajaan Warisan
Mungkin orang yang menyebarkan cerita karut ni, menggunakan aplikasi Agoda atau mana mana akaun ke tiga. Atau akaunnya kena kesan, sebagai orang kaya menyebabkan AirAsia menawarkan harga mahal.
Ataupun AirAsia sikap mengikut segelintir peniaga di Sabah, harga jualan kepada pelancong tidak masuk akal turut dikenakan kepada orang tempatan. Sekarang mengena batang hidung sendiri.






















Leave a Reply