Kerjasama BN-PH Untuk Bantu Sabah Tidak Terus Jadi Negeri Termundur, Bung – Munafik

Kamu baca bagus-bagus kenyataan Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar.

Kalau saya, sejujurnya tidak sanggup membaca kenyataan munafik. Jauh sekali mempercayainya, memang mustahillah. Tengok saja barisan di atas, muka muka tidak pandai malu, pernah sesama mereka menuduh pencuri dan perompak tapi bab memancing kepercayaan rakyat Sabah, seolah olah tiada apa yang berlaku, mereka lah yang paling amanah. Perangai bikin jijik.

Dia cakap keputusan UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan, pada pilihan raya negeri Sabah akan datang,  bagi mewujudkan satu kerajaan baharu yang mampu mengeluarkan Sabah dari senarai kemiskinan.

Kerjasama apa Bung, kalau mengikut kenyataan beberapa pemimpin PH Sabah, mereka cuba mengelak dari bekerjasama dengan UMNO, sebaliknya ingin mengukuhkan kerjasama dengan GRS.

Berdekad PH menjadi pembangkang, mereka kenal sangat kegagalan dan kejahatan pemimpin UMNO. Silap hari bulan mereka turut dibenci jika hubungan PH Sabah dan UMNO dilihat baik oleh pengundi.

Daerah Kinabatangan sendiri tersenarai daerah termiskin di Sabah. Betul betul miskin, masih banyak kampung tiada saluran paip dan bekalan letrik. Siapa pemimpin dan ahli Parlimennya sejak berdekad Bung Mokhtar lah siapa lagi.

Berdekad UMNO memerintah Malaysia, selama itu juga Sabah menjadi simpanan tetap UMNO. Namun, bukan hanya tidak menghormati perjanjian Malaysia 1963 malah “habis” kekayaan Sabah diangkut untuk memajukan Kuala Lumpur dan negeri negeri UMNO ketika itu, dalam masa sama Sabah diabaikan.

Siapa pemimpin UMNO ketika itu yang gagal menjalankan fungsinya dalam usaha memajukan negeri dan rakyat Sabah dari pusat? siapa lagi kalau bukan Shafie selaku Menteri KKLW. Bung Mokhtar tidak terkecuali, diberi tanggungjawab memajukan FELCRA tapi yang berlaku dia dan isterinya kantoi rasuah hingga dibicarakan di Mahkamah.

Ketua UMNO Labuan itu, kalau saya tidak salah dialah yang dikaitkan dengan projek berbilion wang rakyat, tapi kemiskinan dan kemunduran Sabah masih menjadi modal UMNO.

Diberi kedudukan sebagai timbalan ketua menteri Sabah, tapi tidak dimanfaatkan untuk kebaikan negeri dan rakyat Sabah. Yang Bung lakukan sibuk berkomplot dengan Shafie cuba merampas jawatan ketua menteri Sabah dari Datuk Hajiji Noor. Sedangkan sebelum ini bergaduh, masing masing mendakwa penyeleweng wang rakyat dan tidak berkeupayaan mentadbir Sabah.

Sarawak maju berbanding negeri negeri  di Semenanjung sebab UMNO tidak bertapak, malah “diharamkan”.

Pun begitu sangat kurang ajar Bung Mokhtar kerana menafikan secara total jasa pemimpin terdahulu. Pemimpin terdahulu yang membina PPNS dan hari ini menjadi kegilaan Bung Mokhtar dan Warisan.

Hari ini kombinasi GRS dan PH rancak memajukan ekonomi Sabah. Pasti kemajuan Sabah akan lebih rancak seperti Sarawak, jika UMNO Bung tidak wujud dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Jadi dakwaan Bung, kerjasama UMNO Sabah dan PH untuk mengeluarkan Sabah dari kemiskinan hanyalah kenyataan ketika dia tidak sanggup menerima kebenaran iaitu pencapaian kerajaan GRS.

Ada pula penjenayah FELCRA yang sedang dibicarakan di Mahkamah dan skandal pencawang mampu memajukan Sabah, memangkinkan kemiskinan Sabah, adalah.

One thought on “Kerjasama BN-PH Untuk Bantu Sabah Tidak Terus Jadi Negeri Termundur, Bung – Munafik

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading