Video Dari Pelajar Universiti – Si Aziz  Kantoi Berbohong Berkaitan MA63

Video diatas “terhantar” oleh seorang pelajar Universiti. Bila saya klik dan dengar, jelas suara si Aziz Jamman dan badutnya sedang jual temberang.

Kalau bab jual temberang, bagilah sama si Aziz Jamman dan semua pemimpin Warisan, sanggup tu kelihatan bodoh dan pembohong di mata orang asalkan ada progres.

Tidak ada rasa malu dan bersalah, tampak sikap mereka yang negatif terserlah dan sudah sebati dengan kehidupan mereka. Mungkin beranggapan boleh juga ditutup dengan sokongan golongan yang tiada hak dan tolol. Sedangkan jika dibiarkan akan merosakkan keharmonian rakyat Sabah tanpa mengira bangsa dan agama.

Bukan parti Warisan kalau tidak mempolitikkan perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Walhal satu Malaysia sudah maklum, kerajaan Warisan gagal menunaikan manifesto pilihan raya 2018 berkaitan MA63.

Lama sudah saya mau tanya perkara ini. Ada kah benar atau sebaliknya.

Perkara ini juga boleh menjadi pengukur, layak kah seseorang itu bercakap soal MA63, apa lagi menuntutnya. Jangan sampai lebih sudu dari kuah tapi diakui.

Tun Dr Mahathir pernah mendedahkan status Shafie Apdal. Namun sehingga hari ini tiada pemimpin Warisan yang tampil menafikannya.

Sesuai dakwaan Tun Dr Mahathir itu dipadankan dengan pembohongan terbaru si Aziz Jamman. Agar juga dapat membuka mata rakyat Sabah atau pelajar Universiti ketika menilai berita yang disebarkan oleh pihak Warisan terutamanya soal MA63 atau sekalipun isu lain yang berlaku di Sabah.

Menurut Tun Dr Mahathir, Shafie bukan tulen orang Sabah. Malah isterinya orang Malaya dan tidak ada anak anaknya berkahwin dengan orang Sabah.

Dakwaan Tun Mahathir itu timbul bila Shafie semakin lantang mempolitikkan MA63.

Kiranya sama juga dengan si Aziz Jamman tidak memenuhi syarat ketika berbicara soal MA63.

Syarat ini amat penting untuk dipenuhi, ini kerana rukun negara tidak tertulis tanpa perjanjian Malaysia 1963 yang membentuk Malaysia. Jangan sampai ada pihak yang sewenangnya mempolitikkan MA63, seolah olah tidak ada nilai nasionalisme. Sedangkan tidak dapat kita bayangkan betapa sukarnya pemimpin pemimpin dan rakyat Sabah ketika itu menuntut kemerdekaan. Hari ini MA63 senang senang menjadi modal politik, sebab itulah orang Sabah kena alert, jangan asal ada bersuara keras mencanang MA63 terus kamu terpedaya

Jangan sampai kalau kita bahasakan lebih kasar, orang baru terdampar pun boleh atau layak berlagak marah pada kerajaan kerana MA63. Marah mengalahkan penuntut kemerdekaan, walhal dia sendiri tidak tahu dimana urinya di tanam. Atau menjadi penduduk Sabah selepas kemerdekaan, ini pun juga tidak layak.

Maksud saya kalau tidak memenuhi syarat, bekerja dan cari makan sajalah. Jangan syok cerdik mencampuri politik Sabah atau MA63, Sebab itu hanya menunjukkan ada niat jahat disebaliknya.

Kalau dikatakan cerdik, lebih ramai orang  Sabah yang cerdik pandai tinggal lagi malu memandai mandai.

Kalau di negara jiran boleh kah rukun negara diperkotak-katikkan? harga mati oh, boleh berperang sesama sendiri, apa lagi kalau orang luar yang memandai.

Pada mereka rukun negara adalah ideologi sedangkan bukan.

(Pihak Warisan menafikan kehadiran parti parti dari Malaya sedangkan kebebasan bersuara termaktub dalam perlembagaan yang menjadi rukun negara. Kamu tidak merasa diperbodoh kah oleh Warisan, macam pemikiran orang luar?

Dalam video yang saya terima, seperti biasa pemimpin Warisan berusaha memperbodoh masyarakat.

Si Aziz menyatakan, ketika itu pihak Warisan meletakkan syarat pada Muhyidin jika ingin Warisan menyokongnya menjadi Perdana Menteri. Iaitu Muhyiddin mesti menunaikan semua perkara dalam perjanjian Malaysia 1963 tanpa proses perundingan. 

Pembodohan si Aziz Jamman.

Tidak ada Perdana Menteri Malaysia yang boleh merealisasikan perjanjian Malaysia 1963 secara total tanpa persetujuan dari ahli ahli Parlimen dan yang paling penting keputusan itu dipersetujui oleh Yang Di-Pertua Agong.

Sebab itulah baru baru pemimpin Sarawak ada mengingatkan, agar Sabah dan Sarawak berjaga jaga jangan sampai MA63 dinafikan secara perlembagaan melalui keputusan ahli ahli Parlimen yang dikuasai Malaya.

Ingat ahh, mulanya si Aziz Jamman cakap Perdana Menteri boleh merealisasikan semua MA63 berdasarkan syarat yang mereka kenakan.

Tapi ketika Aziz Jamman menjawab pertanyaan panel, boleh ke Perdana Menteri Anwar Ibrahim atau mana mana Perdana Menteri menunaikan perjanjian Malaysia 1963 secara total. Si Aziz Jamman jawab tidak boleh, sebelum dia sedar dari penipuannya, baru dia cakap boleh konok, tapi ada caranya.

Apa caranya tu? cara apa lagi kalau bukan menjalankan memorendum bukan ikut bertanding dalam  pilihan raya. Berani kah Warisan menjalankan memorendum? palatlah!

Bertentangan bukan, sama ketika si Aziz Jamman menjelaskan perlaksanaan PSS, mulanya bertegas  tidak boleh memohon kewarganegaraan walau beratus tahun, bila diasak terus keluar temberangnya.

Nampak benar temberang mereka. Dulu Shafie berkeras enggan Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Dr Mahathir ketika itu. Tapi bila hanya mendapat tiga ketul kerusi Parlimen pada pilihan raya 2020, Shafie orang pertama yang mendadak dada menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri ke 10.

Xavier Dedah Shafie Main Dua Kolam Dan Hipokrit

One thought on “Video Dari Pelajar Universiti – Si Aziz  Kantoi Berbohong Berkaitan MA63

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading