Shafie Akan Buat Kilang Panadol Pula, Macam Kilang Bungkus Minyak Masak ?

Rajinlah Presiden Warisan bersandiwara, macam dulu dulu menitiskan air mata dihadapan orang kampung tapi sampai kerajaan Warisan tumbang  habuk pun tidak ada. Jangan cerita manifesto perjanjian Malaysia 1963 memang out.

Apa yang Shafie sebakkan dua tahun jadi kerajaan negeri, sikitpun tidak meninggalkan jejak, baik rakyat Sabah mahupun orang kampung.

Kerajaan Warisan tumbang pun bukan kerana kudita seperti langkah Kinabalu. Tapi rakyat Sabah yang menolak kepimpinan Warisan pada pilihan raya negeri 2020.

Rakyat Sabah tahu semasa kerajan Warisan, berlaku penyelewengan atau rasuah membabitkan  orang orang yang Shafie bagi kedudukan dalam pentadbiran kerajaan.

Saya sendiri pernah dimaklumkan oleh kawan yang juga orang terdekat pemimpin Warisan yang disiasat oleh SPRM ketika itu.

Katanya banyak wang yang dibawa dan kereta mewah bertukar ganti, saya dimaklumkan yang pemimpin Warian berkenaan sedang berunding dengan pegawai SPRM.

Cukup setakat itu, asal kamu tahu kerajaan Warisan adalah kerajaan gagal.

Yang ini tidak kurang pentingnya sebagai bukti  kegagalan Warisan yang suka menyalahkan kerajaan GRS, walhal merekalah yang sebenarnya GAGAL.

Bila mana.

Kerajaan Warisan bertindak menukar kontraktor projek Pan Borneo hingga pembinaan jalan raya tergendala. Flyover Sepanggar, jika bukan kerajaan GRS yang meneruskan pembinaannya sehingga hari ini isu kesesakan jalan di Sepanggar tidak berkesudahan. Ini fakta. 

Pasa Projek Pan Borneo lewat disiapkan, apa bila kerajaan Warisan menukar spek kerja dan cuba mengganti  syarikat sedia ada ke syarikat milik kroni  Peter Anthony selaku Menteri Infra ketika itu.

Akibat cuba memonopoli projek Pan Borneo, orang kampung tidak berdosa terpaksa menanggung kerugian. Bila mana tanah yang digunakan untuk membina jalan raya Pan Borneo tidak mendapat pampasan. Baca link dibawah. Betapa rakusnya Menteri Warisan.

Peter Anthony Menahan Wang Pampasan Pan Borneo Milik Orang Kampung

Gangguan air. Saya ingat selama ini disebabkan  aktiviti mencuri air yang banyak berlaku di kawasan pro Warisan dan peralatan yang sudah usang.

Rupanya ada faktor utama lain yang totally menyebabkan gangguan bekalan air. Apa bila kerajaan Warisan sengaja menamatkan tempoh masa sembilan syarikat konsesi air yang berpengalaman dan berkemahiran. Ditukar dengan syarikat yang tidak ada kemahiran dan tidak ada pengalaman langsung mengurus pembekalan air, newbie.

Semasa kerajan Musa Aman Datuk Hajiji juga sebagai Menteri Sabah. Pernah kamu merasa gangguan air kerap terjadi? Tidak ada kan, nah itulah buktinya Kerajaan Warisan yang  menyebabkan gangguan air.

Dalam video terbaru, Shafie berkata kalau Warisan jadi kerajaan dia akan buat kilang ubat Panadol supaya harganya murah.

Kilang Panadol pula. Hemmm!

Satu lagi usaha Shafie memperdaya orang kampung.

Seperti halnya kilang minyak masak yang menjadi kebanggaan kepimpinan Warisan. Sebenarnya bukan kilang memproses minyak sawit menjadi minyak masak berskala besar. Tapi hanyalah kilang membungkus minyak masak yang sudah diproses.

Dan syarikat yang mengurus kilang membungkus minyak masak berkenaan diurus bersama  Sawit Kinabalu. Anak syarikat kerajaan negeri Sabah ini wujud sebelum ada parti Warisan. Jadi sepatutnya kerajaan tidak boleh berbangga. 😂

Bila kerajaan GRS yang menyatakan berjaya  menarik pelabur luar negara dan terbukti, akan dibilang oleh laskar Warisan ada unsur penyelewengan. Macam usaha membina kilang Silika di Kudat, pelbagai tuduhan yang dilemparkan menyebabkan pelabur menarik diri.

Kalau Shafie yang baru mengarang cita cita, ceritanya akan diviralkan, walaupun mereka sedar ia satu lagi propaganda Warisan.

One thought on “Shafie Akan Buat Kilang Panadol Pula, Macam Kilang Bungkus Minyak Masak ?

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading