600 Penyokong UMNO Apas Tawau Keluar Sertai Warisan

Utusan Borneo melaporkan Warisan menerima 600 ahli baharu.

Ahli baharu dari mana? hakikatnya laskar dan penyokong Warisan kena tahu dan faham, supaya tidak terus syok sendiri dan terus menjadi alat kepimpinan Warisan  Semporna, yang mereka sendiri pun gagal memanusiakan penyokong tegar mereka di kampung kampung.

600 orang berkenaan adalah penyokong atau ahli UMNO  pro Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau, Sarman Amat. Sebelum ini kalau kita dengar kenyataan mereka bukan main totok, hidup mati bersama UMNO dan memperleceh mereka yang meninggalkan UMNO sebelum ini.

Saat itu saya sedar mereka tidak ada ilmu demokrasi dan terdetik seandainya mereka meninggalkan UMNO apa agak alasan mereka.  Terbukti hari ini.

Ironinya yang meninggalkan UMNO sebelum ini pergi menyokong PPBM atau hari ini PGRS. Yang si Sarman ni pula agak pelik ibarat keluar mulut Buaya masuk ke mulut Singa. Tetap tidak cerdik walaupun berjaya menghidu pembodohan UMNO.

Alasan yang Sarman berikan  kenapa dia meninggalkan UMNO dan menyertai Warisan kerana konok percaya Shafie mampu menyelesaikan kemiskinan tegar. Alasan yang pelik dan tidak masuk akal.

Alasan kedua sebab hilang kepercayaan pada Ketua UMNO Bahagian Tawau. Tiba tiba hilang kepercayaan.  Entahlah yang pasti pulus punya pasal. Juga ibarat keluar mulut Buaya masuk ke mulut Singa, kepimpinan haprak.

Dia bekas pemimpin UMNO tak kan tidak tahu skandal KKLW yang dihadapi Shafie Apdal dan kroninya? sampai dihadapan ke Mahkamah. Membabitkan  berbilion wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk melengkapkan prasarana luar bandar tapi yang berlaku sebaliknya digunakan untuk kepentingan diri dan kerabat.

Itu yang Shafie dan kerabatnya disiasat dan diheret ke Mahkamah. Mereka “terlepas” dari pertuduhan bukan setelah dibicarakan. Tapi Menteri Undang Undang dari parti Warisan ketika itu yang memandai melepaskan Shafei dari semua pertuduhan. Tapi mereka lupa wang jaminan 100 ribu kini dalam simpanan Mahkamah. Sudah dipulangkan ke? jika belum bererti belum bebas, jika sudah pulangkan  pada semua penderma, jika benar dari sumbangan orang ramai.

Dua tahun lebih Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah tak kan tiada seorang pun dari 600 orang berkenaan yang dapat menilai kerajaan Warisan.

Kerajaan Warisan adalah kerajan yang gagal, bukan hanya gagal menunaikan janji sebesar perjanjian Malaysia 1963. Tapi sekecil janji pada orang kampung pun Shafei gagal tunaikan.

Bukan hanya gagal menunaikan janji tapi terbukti terlalu tidak amanah bila baru setahun jagung lebih sebagai kerajan, sudah pun disiasat oleh SPRM dan mereka adalah orang kepercayaan dan orang terdekat Shafie Apdal dalam kerajan.

Lepas itu si Sarman memberikan alasan begitu, tidak logik dan bikin ketawa.

600 orang tu rasanya tidak wujud sikit sikit adalah? Hahahaha. Sebab Tawau tu boleh dikatakan kubo GRS.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading