Adun Elopura Mengajar Ajar Itik Berenang –  40% Hasil Sabah

Selang seminggu baru kita ambil kisah cerita kosong Adun Elopura, Calvin Chong.

Sebelum ini dia memperleceh kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim ke Sabah sebagai tidak realistik atau tidak bersungguh-sungguh mengembalikan 40% hasil Sabah.

Sedangan semua orang tahu Federal telah bersetuju akan membayar RM600 juta setahun pada kerajaan negeri Sabah, sementara 40% hasil Sabah  yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 di muktamadkan.

Namun kenaikan RM600 juta itu tidak dihargai oleh pembangkang Warisan malah menyamakannya dengan sedekah.

RM600 juta sedekah? habis itu 53.4 juta yang berjaya dituntut oleh kerajaan Warisan, layak dianggap apa pula? Kejayaan terbesar sejak kemerdekaan Sabah? Jangan buat lawak lah pemimpin badut oiii. 😂

Kurang itu tanpa sedikit pun rasa malu, menggesa kerajaan negeri yang diketuai Datuk Hajiji Noor supaya menuntut hasil Sabah 40%.

Satu demi satu kejayaan dicapai kerajaan negeri Sabah, GRS. Namun kepimpinan Warisan sengaja membutakan mata dan hati mereka.

Boleh saja berlagak seperti orang sempurna dan berjaya jika kerajaan Warisan telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih baik dan berhasil. Tapi bukan kah yang berlaku adalah sebaliknya.

Kerajaan Negeri  Warisan hanya berjaya menuntut RM53.4 juta berasaskan hasil Sabah 40%. Berbanding kerajaan GRS sehingga hari ini telah berjaya menuntutnya sehingga 600 juta?

Budak tadika pun boleh hitung mana lebih banyak RM53.4 juta atau RM600 juta. Habis itu kenapa kepimpinan Warisan mengajar Itik berenang?

http://jalinluin.com/2024/09/15/warisan-dapat-rm53-4-juta-grs-rm600-juta-mana-logik-untuk-disokong/

Hasil jualan produk Petroleum yang di bangga banggakan kepimpinan Warisan pun sebenarnya bukan kerana usaha mereka. Kerajaan Warisan hanya mengikut langkah kerajaan negeri Sarawak menuntut cukai produk Petroleum.

Sarawak Perkenal Cukai Produk Petroleum, Sabah?

Sebab itulah tidak ada timelines yang menujukan kerajaan Warisan  sedang dalam proses menuntut cukai produk Petroleum. Yang kita dengar, tiba tiba tersebar surat  mengesahkan cukai produk Petroleum akan dibayar kepada Sabah. Dan kamu kamu sedar siapa Perdana Menteri Malaysia ketika itu, kalau bukan Muhyiddin Yassin yang tidak sehaluan dengan Warisan di Sabah.

Warisan Kantoi Menipu Tidak Pernah Tuntut Cukai Petroleum

Berihatttttt kamu para badut Warisan. Nampak sangat habis modal sudah coiii.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading