Cerita menuntut hasil Sabah bukan cerita dongeng badut Warisan. Malah Shafie sendiri pernah berjanji dihadapan rakyat Sabah.
Bahwa kalau dia Ketua Menteri Sabah, bukan lagi 40% hasil Sabah yang dituntut tapi 80%. Waktu itu ramai jugalah orang Kota Belud yang bertepuk tangan.
Sekali diuji sebagai Ketua Menteri Warisan untuk tempoh yang cukup lama sebenarnya, jika dibandingkan Hajiji Noor, GRS. Hanya memerlukan setahun lebih mengemukakan tuntutan dan berjaya menuntut 7 dari 11 tuntutan MA63.
Thanks PM Anwar Ibrahim, Tunai 7 Dari 11 Tuntutan Eleman MA63 (Butirannya)
Berapa peratus hasil Sabah yang berjaya dituntut kerajaan Warisan dari 5 bilion yang diserahkan sebagai pendapatan negara? hanya RM53.4 juta atau 0.53%, sedangkan Shafie berjanji akan menuntut lebih 40% hasil Sabah.
Berbanding kerajaan GRS yang diketuai Ketua Menteri Hajiji Noor. Berjaya menuntut sehingga RM600 juta yang dibayar secara interim sementara menunggu 40% hasil Sabah di muktamadkan.
Tapi kamu dengar pembohongan laskar Warisan yang dikenali sebagai kumpulan M63, semasa berkempen dihadapan orang kampung. Mendakwa kerajaan GRS tidak melakukan apa apa berhubung hasil Sabah 40%.
Hakikatnya mana yang logik diberikan sokongan. Kerajaan Warisan mendapat RM53.4 juta manakala kerajaan GRS mendapat berkali kali ganda RM600 juta? ketara angka ini tapi grup MA63 tidak segan segan membohong orang kampung.
Belum jadi kerajaan sudah kuat membohong, bayangkan andai jadi kerajaan.
Nampak kamu, itu pembohongan yang berjaya dirakam yang tidak, sudah berapa banyak agaknya.
Nah BODOHLAH kalian kalau masih terpedaya oleh badut Warisan.





















