Thanks PM Anwar Ibrahim, Tunai 7 Dari 11 Tuntutan Eleman MA63 (Butirannya)

Sebelum itu suka mengingatkan pihak pembangkang Warisan. Eleman perjanjian Malaysia 1963 bukan hanya soal 40% hasil dan royal minyak yang sedang dalam perundingan akhir. Tapi beberapa lagi perkara yang sangat penting, yang telah meletakkan kedudukan Sabah dan Sarawak pada asalnya.

Satu demi satu kejayaan dicapai kerajaan GRS berhubung elemen dalam perjanjian Malaysia 1963.

Terkini yang sudah  dipastikan tujuh tuntutan dari sebelas yang dikemukakan berjaya diselesaikan secara rundingan di antara kerajaan Sabah Sarawak dengan persekutuan atau Perdana Menteri Malaysia 1963.

Sebelum itu suka saya mencatatkan disini, terima kasih  Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kerana memahami kehendak rakyat Sabah.

Walaupun ramai dikalangan pemimpin dan penyokong Warisan yang tidak tahupun signifikannya MA63 dan Sabah, saja membangkang demi Warisan yang akan mereka peralatkan. (Kalau saya ulas lebih lanjut ni, akan jauh perginya).

Memandangkan pemimpin dan penyokong pembangkang Warisan suka mengutip berita dari Sarawak untuk dibandingkan dengan kerajaan Sabah, GRS. (kita sedar niat jahat pembangkang)

Maka amat tepat Timbalan Perdana Menteri  Fadillah Yusof dari Sarawak yang mendedahkan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan Sabah dan Sarawak.

Mungkin kalau pemimpin GRS atau  pemimpin PH yang menyatakannya, boleh lagi dinafikan oleh pihak Warisan. (sengaja mereka nafikan)

Pertama, kuasa diberikan kepada kerajaan Sabah melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dimana JKR Sabah boleh meluluskan sendiri  projek bernilai dibawah 50 juta ringgit.

Kedua, kuasa diserahkan kepada  kerajaan Sabah untuk menyelia gas bermula 2023. Begitu juga kawal selia  elektrik.

Ketiga, perlantikan wakil kerajaan Sabah dalam LHDN.

Keempat, berkaitan pentadbiran badan kehakiman Sabah dan Sarawak.

Kelima, tanah rizab yang diberikan pada  persekutuan sebelum ini dipulangkan. Dalam erti kata jika tanah itu tidak dibangunkan maka wajar diserahkan semula pada kerajaan negeri.

Keenam, Pindaan perkara 95B berkaitan undang undang persekutuan yang melibatkan kerajaan Sabah dan Sarawak, selepas ini harus mengutamakan Undang Undang Negeri.

Ketujuh, 40% hasil Sabah, sementara dalam perundingan. Persekutuan membayar secara interim dan  berlaku peningkatan setiap tahun awal dulu hanya RM300 juta, tahu depan meningkat  sehingga RM600 juta.

Manakala tiga lagi elemen perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan semasa Perdana Menteri Ismail Sabri.

Era kerajan Warisan pula, apa elemen atau perkara dalam perjanjian Malaysia 1963 yang telah dicapai dan dikecapi oleh rakyat Sabah, paling penting telah memartabatkan Sabah.

One thought on “Thanks PM Anwar Ibrahim, Tunai 7 Dari 11 Tuntutan Eleman MA63 (Butirannya)

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading