
Calvin Chong adalah Adun Elopura dari parti Warisan.
Kiranya si Calvin ni Cina multad dan tiada putungan. Kenapa? sebab sebelum ini si Calvin berstatus pemimpin DAP dan waktu itu Warisan dan DAP ada hubungan yang sangat baik. Bayangkan pada pilihan raya negeri 2020, calon DAP sanggup menggunakan logo parti Warisan.
Tapi kerjasama mereka tidak bertahan, apa bila Shafie berlaku khianat. Cuba mencuri pemimpin pemimpin DAP Sabah menjadi pemimpin Warisan.
Baru ini si Calvin memperleceh penjelasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Seolah olah parti Warisan bukan dalam kerajaan Madani. Sedangkan Presiden Warisan, Shafie sendiri yang mendabik dada sebagai orang pertama menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 10.
Hari ini tindak tanduk kepimpinan Warisan mengalahkan pembangkang di Persekutuan. Kita sedar dan tahu matlamat mereka, supaya rakyat Sabah mendapat gambaran seolah olah parti Warisan anti Malaya. Pui!
Jadi kiranya kritikan si Calvin ke atas Perdana Menteri ini adalah atas arahan bosnya.
Seperti juga perbuatan ahli Parlimen Kota Belud dan ahli Parlimen Semporna mengkritik penyelesaian dan usaha kerajaan persekutuan berhubung perjanjian Malaysia 1963. Seperti link dibawah.
Kita Cabar Munirah Tinggalkan Kerajaan Anwar Yang Dia Dakwa Tidak Berterima Kasih
Kita Cabar Shafie/Warisan Supaya Meninggalkan Kerajaan Perpaduan
Si Calvin mempertikai penjelasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung RM16 bilion yang dinyatakan semasa berusap di sambutan pesta Kaamatan di Penampang pada Mei 2024. Namun sejurus itu angka RM16 bilion dipertikai oleh Jeffery Kitingan sebagai kurang hanya RM6 bilion.
Baru ini dalam perhimpunan PKR Sabah, Anwar Ibrahim menjawab dakwaan Jeffery Kitingan bahwa RM16 yang dinyatakan semasa sambutan Kaamatan di Penampang merangkumi peruntukan pembangunan, keselamatan dan sebagainya.
Namun yang pasti tidak termasuk 40% hasil Sabah yang dibayar secara Interim sebanyak RM300 juta setahun. Kadar ini akan bertambah setiap tahun bergantung pada kemampuan kewangan negara.
Tapi yang lucunya tiba tiba si Calvin ikut mempersoal dan mencabar kerajaan GRS agar bersuara. Sedangkan semua orang tahu ia telah dipersoalkan oleh kerajaan GRS melalui Jeffrey Kitingan.
Malah si Calvin macam orang yang cetek pengetahuan am, bila tanpa rasa malu turut menyalahkan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, kenapa konok mendiamkan diri.
Jadi Jeffery Kitingan itu bukan dari kerajaan GRS ke yang diketuai oleh Hajiji Noor ?
Macam kau lah tu bodoh, kenapa bukan Shafie Apdal yang mempersoal penjelasan RM16 bilion. Apa yang ditakutkan?
Apa lagi kau tu bukan level Jeffrey Kitingan, jauh sekali dari kedudukan Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah yang kau desak, agar mempersoal penjelasan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Oiii mangkuk Warisan, kerja seorang Ketua Menteri tidak sama dengan kerja ketua pembangkang. Sebab itulah, pernah kamu dengar Shafie semasa menyandang Ketua Menteri berhujah dan berdebat di Parlimen membangkitkan perjanjian Malaysia 1963 ata saja 40%? tidak ada dan tidak akan berlaku.
Sembanglah kau Calvin mangkuk tu. Jangan kau lupa semasa Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah. Ewon Benedick yang dilantik sebagai Menteri kerajaan negeri mendedahkan. Shafie takut membuat tuntutan perjanjian Malaysia 1963 atau 40% Sabah kepada Dr Mahathir.
Begitu juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak Masing juga ada mendakwa Shafie Apdal takut menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963.
Ini saja kerja kepimpinan Warisan mempertikai usaha kerajaan walaupun tidak kena tempat. Seperti mana warkah dari pihak Warisan dibawah.

Nah kali ini kita cabar pula parti Warisan agar meninggalkan kerajaan persekutuan atau kerajaan Madani. Jangan saja berani menggonggong dari luar dalam masa sama takut kehilangan status sebagai kerajaan di peringkat persekutuan.






















Leave a Reply