
Ketawa saya perangai si Munirah akhirnya persis badut Warisan yang gian mengada ngada dan tidak berfakta. Entah pada siapa propaganda itu mereka sasarkan dan sangat malang orang yang terpedaya sekaligus mempercayainya.
Kenapa tidak bayangkan anda dituduh tanpa asas dan fakta ada ke anda boleh menerimanya?
Gian memburukkan kerajaan negeri dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor tapi bila kita dalami tuduhan mereka secara fakta, ternyata ia bertitik tolak dari kegagalan kepimpinan Shafie Apdal secara peribadi baik, semasa menjadi Menteri di Kementerian KKLW mahupun sebagai Ketua Menteri Sabah.
Berbalik pada rakaman video dimana si Munirah memburukkan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor. Tanpa dia sedari itu hanya membuktikan dia adalah pemimpin yang bacul dan tin kosong. Jika akhirnya dia tidak berani menyahut cabaran seperti tajuk diatas.
Tin kosong bila dia mengungkit keabsahan konstitusi negeri Sabah 6(7). Walhal jelas menyatakan mana mana parti atau pihak yang mendapat lebih 50% dari seluruhan kerusi dalam pilihan raya negeri maka pihak itu dikira pemenang.
Soalnya pada pilihan raya negeri 2020 parti Warisan hanya mendapat 29 kerusi iaitu tidak sampai pun 40 peratus. Jumlah ini memustahilkan Shafie Apdal diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah.
Oleh kerana itu parti parti lain bergabung sebagai GRS dan mendapat 38 dari 73 kerusi DUN membolehkan Datuk Hajiji dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah ke 16.
Gabungan GRS ketika itu termasuklah wakil wakil rakyat daripada UMNO Sabah.
Selesai pembohongan si Munirah berhubung artikel 6(7).
Si Munirah mendakwa Sabah begini kerana ketiadaan si Shafie Apdal.
Apa yang telah berlaku pada Sabah hari ini?
Sabah terlepas dari pembohongan janji janji dan propaganda Shafie Apdal ini yang disyukuri oleh rakyat Sabah.
Kebaikan apa yang telah dibuat oleh Shafie ketika dia sebagai Ketua Menteri Sabah? Membaiki jalan raya, menyelesaikan gangguan air dan elektrik, apa dia?
Pelaburan, ekonomi Sabah meningkat? lagilah tidak wujud.
Lalu ada yang mempertahankan kegagalan Shafie dengan mendakwa umur kerajaan Warisan begitu pendek. Kita jawab pengundi yang memendekkan hayat Shafie bukan Datuk Hajiji Noor setelah pentadbirannya dilihat mengamalkan nepotisme dan kronisme dimana jawatan utama dan tinggi hanya diberikan pada orang Semporna seolah tidak ada orang luar yang berkelayakan. Hal ini amat mengaibkan anak anak Sabahan.
Bung Mokhtar sendiri menyaksikan kegagalan kerajaan Warisan dengan mendakwa……………
Begitu juga dengan masalah bekalan air, hakikatnya sistem bekalan air di Sabah telah usang yang menuntut peruntukan sehingga 12 bilion sebagai jalan penyelesaian. Kenyataan ini juga keluar dari mulut Bung Mokhtar.
Ini membuktikan gangguan air bukan kerana kelemahan kerajaan GRS tapi peralatan yang digunakan sudah terlalu usang.

Jalan raya rosak yang diviralkan oleh badut Warisan itu berstatus jalan persekutuan justeru menuntut peruntukan dari Kementerian JKR. Tapi birokrasi itu tidak membuat kerajaan negeri lepas tangan, kerajaan negeri mengambil inisiatif menggunakan peruntukan negeri untuk membaiki jalan raya.
Masa 40% cukai pendapatan yang sepatutnya dibayar penuh oleh persekutan tapi kurang lalu kerajaan negeri mengorek tabung sendiri.
Ok disitu.
Si Munirah berhujah lagi dengan penuh kebencian pada kerajaan persekutuan. Mendakwa kerajaan persekutuan tidak berterima kasih setelah hasil Sabah diangkut ke Semenanjung untuk memajukan negeri negeri dalam masa yang sama Sabah dibiarkan miskin. (lebih kurang begitu)
Kau ahh Munirah sah termakan sihir Shafie sampai kau lupa kedudukan Shafie sebelum meninggalkan UMNO.
Shafei memegang jawatan Menteri KKLW selama dua penggal dan diberikan peruntukan sehingga 5 bilion untuk membina frasarana dan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan letrik dan bekalan air di negeri Sabah. Tapi apa yang masyarakat Sabah dapat dan rasa dari peruntukan berbilion itu? Tiada kan sebab itu jugalah badut Warisan hari hari meroyan dan mengada-ngada menyalahkan pemerintah, hakikatnya mereka sedang memaki hamun Shafie Apdal.
Mari kita tonton pendedahan yang dibuat oleh pemimpin PKR ketika itu berhubung penipuan Shafie semasa menjadi Menteri KKLW.
Jika benar begitu tahap kebencian Ahli Parlimen Kota Belud terhadap kerajaan Persekutuan atau kerajaan Perpaduan yang diketuai Anwar Ibrahim.
Kita cabar si Munirah agar meninggalkan kerajaan Anwar Ibrahim dengan kadar yang segera. Sebagai bukti Munirah adalah pemimpin yang ada pendirian dan harga diri demi kononnya menyelamatkan Sabah.
Pokoknya kerajaan perpaduan hari ini adalah kerajaan persekutuan sejak dari dulu yang dipertikaikan oleh si Munirah.





















