
*PENERBITAN LAPORAN SOSIOEKONOMI NEGERI SABAH 2023*
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. YBhg. Dato’ / Datuk / Tuan / Puan, Dengan hormatnya izinkan saya menarik perhatian YBhg. Dato’ / Datuk /Tuan/Puan kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa penerbitan Laporan Sosioekonomi Negeri Sabah , 2023 telah disebarkan kepada umum dan dimuat naik ke dalam portal Jabatan pada 2 Ogos 2024 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari. Secara umumnya:
• Sabah kekal sebagai *penyumbang keenam tertinggi KDNK negara* dengan merekodkan pertumbuhan KDNK sebanyak 1.3 peratus pada tahun 2023. Nilai KDNK yang dicatatkan adalah RM83.2 bilion berbanding RM82.1 bilion pada tahun sebelum.
• Pertumbuhan ekonomi negeri ini dipacu oleh sektor Perkhidmatan yang berkembang 4.5 peratus, didorong oleh subsektor berkaitan pelancongan iaitu Perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan.
• Bagi prestasi KDNK per kapita, Sabah merekodkan RM31,147 pada tahun 2023.
• Nilai eksport Sabah berjumlah RM31.1 bilion pada tahun 2023 menurun sebanyak 36.4 peratus berbanding RM48.9 bilion pada tahun sebelumnya.
• Sabah menerima seramai 16.1 juta pelawat domestik pada tahun 2023, berkembang 27.7 peratus berbanding 12.6 juta pelawat pada tahun 2022.
• Inflasi di Sabah telah mereda kepada 2.4 peratus berbanding 3.0 peratus pada tahun 2022 dengan mata indeks mencatatkan 120.8 (2022: 118.0).
• Sabah merupakan negeri yang mempunyai bilangan penduduk ketiga tertinggi pada tahun 2023, iaitu seramai 3.59 juta orang (2022: 3.41 juta orang), dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 5.1 peratus, mengatasi pertumbuhan nasional, 2.1 peratus.
• Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) di Sabah meningkat 1.0 mata peratus kepada 70.1 peratus pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya (2022: 69.1%). Sementara itu, kadar pengangguran di Sabah menurun kepada 7.5 peratus pada tahun 2023 (2022: 7.7%).
3. Bagi memudahkan capaian Tuan/Puan, ringkasan penemuan bagi *Laporan Sosioekonomi Negeri Sabah*, 2023 boleh diperolehi melalui pautan berikut: Portal:
https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/state-socioeconomic-report-2023
Sekian, terima kasih.
MUHAMMAD AMRI BIN IDRIS
Pengarah DOSM Sabah





















