
Betullah tu tindakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Titingan bila mana mencelah hujah Adun Senallang agar rakyat Sabah tidak terkeliru.
Sebelum itu Adun Senallang mendakwa ekonomi Sabah sejak 2013-2014 (sebenarnya 2023 hingga 2024) terburuk atau tidak ada peningkatan.
Sedangkan menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Titingan. Seperti yang dilaporkan DOSM, untuk tahun 2023-2024 ekonomi Sabah meningkat sebanyak 1.1% iaitu KDNK RM84.3 bilion berbanding tahun 2023 RM83.4 bilion. Ini bererti ada peningkatan bukan yang terburuk seperti dakwaan Presiden Warisan, Shafie Apdal.
Sabah Kekal Penyumbang Keenam Tertinggi KDNK Negara – DOSM
Nampak sangat pihak Warisan cuba mengelirukan rakyat Sabah. Astaga.
Begitu juga bila mana Adun Senallang mendakwa kerajaan telah berbelanja sehingga RM50 bilion untuk sektor pendidikan tapi masih terdapat sekolah sekolah papan di Sabah. Seolah-olah RM50 bilion khusus untuk Sabah. Alahai
Sedangkan peruntukan RM50 bilion itu bukan hanya untuk Sabah tapi membabitkan 16 negeri atau kawasan termasuk 3 Wilayah Persekutuan di seluruh Malaysia.
Peruntukkan RM50 bilion itu pula termasuk operasi pendidikan di peringkat negeri dan persekutuan.
Perbelanjaan untuk Universiti di seluruh Malaysia juga diambil dari RM50 bilion berkenaan. Bukan hanya untuk Sekolah Rendan dan Menengah.
Disana juga gaji dan elaun guru guru dan kakitangan di Universiti, Maktab dan Sekolah diambil.
Kita ambil contoh peruntukan untuk sektor pendidikan bagi tahun 2024
Untuk tahun 2024, kerajaan Malaysia telah menyediakan RM58.7 bilion untuk sektor pendidikan.
Pecahan dari peruntukan RM58.7 bilion .
1. Merangkumi sekolah rendah, menengah, infrastruktur, bantuan pelajar, dan program digital.
2. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) – Sekitar RM16.3 bilion untuk universiti, politeknik, TVET, biasiswa, dan penyelidikan.
3. RM1.2 bilion untuk baik pulih sekolah daif seluruh Malaysia.
4. RM2.47 bilion untuk Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
5. RM2.4 bilion untuk biasiswa dan dermasiswa.
6. RM100 juta untuk digitalisasi pendidikan.
7. TVET (Latihan Teknikal dan Vokasional) diberi tumpuan dengan lebih RM6.8 bilion diperuntukkan secara keseluruhan (melibatkan pelbagai kementerian).
8. Lain Lain
Nah begitu bagaimana peruntukan untuk sektor pendidikan dibelanjakan setiap tahun.





















Leave a Reply