



Semalam tersebar berita 30 buah rumah di Kampung Simunul, Semporna termasuk jambatan utama serentak roboh.
Semasa kerajaan Warisan, Kampung Simunul dalam rangka dirobohkan dan akan dibina hotel bertaraf bintang.
Kampung Simunul sama dengan Kampung Bangau Bangau dan Kampung Air terletak di Parlimen Semporna yang diwakili Presiden Warisan, Shafie Apdal, sejak 40 tahun yang lalu sehingga detik ini.
Pada hari pertama atau malam takbir Aidiladha tahun ini, jambatan simen utama Kampung Bangau Bangau roboh.
Roboh sebab berpuluh tahun tiada kerja kerja membaik pulih.
Macam biasa, tragedi itu viral diluar daerah. Maklumlah Semporna merupakan daerah Warisan. Jadi orang mau tengok sejauh mana keprihatinan Shafie, ada ke bicaranya semasa berkempen tanpa mengira perayaan, benar benar membuku dalam dirinya atau sekadar propaganda politik yang tidak berkesudahan.
Agak tidak bernasib baik sebab jambatan simen yang roboh di Kampung Bangau Bangau, hanya siapa dalam tempoh lebih 4 bulan, tempoh yang cukup lama. Itupun setelah kepimpinan Shafie di kritik kaw kaw oleh netizen tapi ada hati mau memerintah Sabah. Pui!
Shafie Kalau Tidak Mampu Letak Jawatan Serah Pada Kerajaan GRS – Jambatan Roboh Kg Bangau Bangau
Jambatan roboh dan rumah di Kampung Simunul dan Salamat tu, bila pula boleh siap tu? Pui!
Semasa pilihan raya umum 2018, Shafie menabur janji di Kampung Bangau Bangau, Semporna dan kalau tidak silap di Sandakan pun ada. Akan membina semula rumah rumah mangsa kebakaran, jika Warisan menjadi kerajaan negeri.
Tapi sehingga kerajaan Warisan tumbang, habuk pun tidak ada, janji tinggal janji. Alasan pemimpin dan badut Warisan hari ini kononnya bajet ketika itu sudah ada, tinggal dilaksanakan.
Dua tahun kalau setakat meluluskan projek, tempoh yang tidak masuk akal.
Soal bila dilaksanakan boleh ditentukan yang penting sudah ada kontraktor yang dilantik melalui proses tender.
Hakikatnya Shafie lemah dan tidak ikhlas, semua dia politikkan sebab itulah kerajaan Warisan gagal membuat sebarang perubahan berbanding agenda Sabah Ubah. Kerajaan Warisan hanya terkenal sebagai kerajaan negeri yang paling gagal sepanjang sejarah Sabah.
Orang mau tengok sejauh mana kesungguhan dan kepantasan Shafie menyelesaikan kesusahan yang dihadapi oleh penyokongnya. Ini isu pada artikel kali ini.
Ternyata Shafie jenis pemimpin yang hanya indah ketika berbicara tapi tidak mampu merealisasikannya. Walaupun sekadar janji pada orang kampung yang buta huruf.
Sebab itu jugalah jangan hairan, kenapa banyak kampung di Semporna yang terpinggir sejak era Kementerian KKLW berbanding beberapa kampung yang sama aksen dengan “Bajau” Shafie. Itupun hanya beberapa kecil.
Walaupun pada hakikatnya kampung itu milik orang tempatan. Tapi jika ramai Bajau dari selatan Filipina menumpang atau bermastautin disana. Maka kampung itu akan terpinggir atau dipinggirkan, alasannya kampung setinggan. Oleh itu tidak boleh disediakan frasarana.
Kalau tidak ingin melihat kampung asal menjadi kampung setinggan. Nah suruh bha Shafie tu buat surat arahan kepada MKN atau pihak Polis. Supaya segala jenis Bajau dari Selatan Filipina dikeluarkan dari kampung kampung yang terlibat.
Tapi yang berlaku sebaliknya, malah Shafie melantik mereka walaupun tidak layak menjadi Ketua Kampung atau JKKK. Macam mana KDMR pro Warisan sendiri tidak mengolok kampung terbabit sebagai kampung setinggan.
Jangan saja pandai mempolitikan bangsa orang untuk kepentingan parti Warisan. Bila berdepan dipuji dan diberikan harapan yang menggunung tapi bila membelakang dikeji dan ditertawakan.
Sebab itulah saya pelik kenapa masih ada Bajau dan Suluk dari selatan Filipina yang menyokong Shafie atau Warisan.
Kalau jambatan roboh di Kampung Bangau Bangau memakan masa lebih kurang empat bulan untuk disiapkan. Walhal Shafie sendiri yang cakap, lebih kurang. Jambatan itu menjadi laluan utama komuniti ke tempat kerja atau berniaga dan menjadi laluan murid murid ke sekolah dan sebagainya.
Kali ini tidak taulah berapa bulan pula agaknya jambatan roboh di Kampung Simunul berjaya disiapkan.
Pasal jambatan roboh yang di siap dibina oleh parti Warisan baru ini.
Generasi Ic projek ucap terima kasih sama Shafie macam mayat hidup semula. Berpuluh tahun jadi ahli Parlimen dan Adun, itupun mau empat bulan jambatan roboh baru siap. Mana perginya gaji dan peruntukan berpuluh tahun lalu. Bikin jambatan jak pun, apa lagi melibatkan pengundi Warisan.
Berbeza pemikiran dan sikap warganegara sebenar dan Ic projek ni. Nampak sangat pemegang Ic projek sedar diri tiada hak dan tiada semangat nasionalisme langsung. Sebab itulah generasi IC projek ni tidak boleh diangkat sebagai pemimpin atau Ketua, ikut kita berfikiran kelas ke tiga. Kalau pun mereka melebih lebih nanti nampak janggal dan mengada ngada.
Moralnya disini yang saya mau tekankan ialah tinggalkan segera parti Warisan itu, jangan sampai menjadi mangsa keadaan. Pada pilihan raya negeri akan datang, pasti parti Warisan kekal sebagai pembangkang. Sesiapa yang diketahui mengundi atau menyokong Warisan pasti mereka menjadi mangsa birokrasi.






















Leave a Reply