Shafie Kalau Tidak Mampu Letak Jawatan Serah Pada Kerajaan GRS – Jambatan Roboh Kg Bangau Bangau

Astaga benarlah, kalau namanya pemimpin Warisan memang muka tembok termasuklah Presiden parti, Shafie.

Mereka akan bercakap seolah olah mereka di pihak yang benar sedangkan masyarakat tahu pemimpin Warisan cakap tidak serupa bikin.

Ini kali lah masyarakat baru nampak, bahwa walaupun telah diberikan kepercayaan selama 29 tahun oleh pengundi. Namun masih tidak bersyukur, tidak ikhlas dan tetap kurang rasa tanggungjawab walaupun terhadap masyarakat atau orang yang berjasa pada mereka.

29 tahun Shafie di undi dan dimenangkan oleh orang kampung setiap kali pilihan raya. Tapi hari ini sikit pun tidak sanggup berkorban untuk mengurangkan kesusahan orang telah membantunya.

Kita sedia maklum dimana baru ini tersebar berita jambatan simen kampung Bangau Bangau di Semporna telah roboh menyebabkan empat orang cedera.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/11/jambatan-konkrit-kampung-bangau-bangau-perlu-dibaik-pulih-segera-mohd-shafie

Kerja tidak berkualiti sebenarnya sudah menjadi perkara biasa dalam pentadbiran Warisan.

Semasa Shafie menjadi Ketua Menteri. Bangunan sekolah agama yang baru dibina di kampung yang sama, juga roboh akibat kos pembinaan bangunan kayu yang tidak masuk akal.

Tidak lama selepas itu jeti di satu Pulau di Parlimen Semporna pula roboh. Habis murid murid sekolah dan guru guru jatuh ke laut. Hemmm!

Sebenarnya yang membina jambatan simen roboh itu adalah orang atau kontraktor yang menjadi orang kuat Shafie di Semporna.

Kayu berkualiti yang menjadi rangka asal dan papan jambatan diambil, digantikan dengan kayu atau papan tiada gred oleh pekerja kontraktor. Baru selepas itu di semen itu pun cincai. Sebab itulah tidak berkualiti. Mau untung besar punya pasal.

Terbukti sketsa dibawah sememangnya benar.

Sudahlah begitu, tiang yang dijadikan penyokong jambatan dari bawah, habis di curi oleh bekas PATI yang ada kaitannya dengan Ketua Kampung yang dilantik oleh kerajaan Warisan. Bikin ketawa pun ada. 😂

Kampung Bangau Bangau terletak di Parlimen Semporna dan diwakili sendiri oleh Shafie sejak 1995. Kampung ini juga berada dalam DUN Bugaya yang diwakili anak buah Shafie, Jamil Hamzah sehingga hari ini.

Untuk makluman kampung Bangau Bangau wujud atau diasaskan sejak tahun 1956. ( Akibat segelintir PATI dan bekas PATI di kampung ini yang tidak reti diuntung menyebabkan nama kampung Bangau Bangau ikut rosak. Tapi tidak mengapa, bak kata cerdik pandai, ada juga Tuhan yang sentiasa memantau, akhirnya juga akan diketahui golongan mana yang menumpang tui yang telah merosakkan keadaan).

Untung hari ini, individu yang dilantik sebagai Ketua Kampung Bangau Bangau oleh kerajaan GRS adalah orang yang berkredibiliti.

Walaupun dikelilingi oleh orang orang yang tidak ada semangat nasionalisme atau tidak membantu tapi Laistel Sarakil selaku Ketua Kampung masih gagah memajukan kampung dalam masa yang sama menghadapi golongan yang naif dan mementingkan diri.

Kamu nilailah kenyataan Shafie tatkala orang orang yang memilihnya menjadi wakil rakyat ditimpa kesusahan.

Shafie tidak mencari alternatif sendiri bagi menyelesaikan jambatan yang roboh tapi menyerahkannya kepada kebijaksanaan kerajaan negeri Sabah, GRS yang diketuai KM Hajiji Noor.

Apa Shafie kata.

Katanya, jambatan itu adalah laluan utama penduduk untuk menjalankan aktiviti harian dan kini akses jalan menghubungkan kampung atas air berkenaan ke daratan sudah terputus.

“Pihak berwajib perlu cepat bertindak kerana musim persekolahan bakal bermula dan ia sudah tentu menyukarkan pelajar untuk ke sekolah.

“Justeru, peruntukan khas perlu diberikan untuk membina semula jambatan konkrit sepanjang 200 meter itu secepat mungkin,” katanya.

Tampak Shafie cuba lari dari tanggungjawabnya dalam masa yang sama cuba menyalahkan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor sekiranya jambatan berkenaan tidak dibina.

Jelas Ahli Parlimen Semporna, Shafie lepas tangan?

Makanya saya pernah nyatakan sebelum ini, tiada gunanya PBT Semporna beriya iya membersihkan dan mengindahkan Pekan Semporna. Ia hanya membuat kepimpinan Warisan di daerah itu semakin goyang telur. (Lebih baik dana yang di kutip melalui pelesenan dan cukai negeri dan daerah digunakan untuk mengurus perkampungan. Apa lagi kampung Bangau Bangau adalah kampung yang paling sibuk dengan aktiviti ekonomi, ertinya kampung ini menjadi penyumbang utama kepada pendapatan daerah. Kalau tidak percaya pergi tanya pekedai pekedai borong, siapa yang paling kuat berbelanja atau membeli jualan mereka)

Bila lah Shafie dapat membayar titik peluh orang orang yang tiada kaitan keluarga dengan mereka. Mau ada jawatan Perdana Menteri Malaysia? alahai!

Mana perginya peruntukan Parlimen Semporna dan DUN Bugaya?

Mana perginya gaji bulanan Ahli Parlimen Warisan dan DUN Warisan? Kenapa tidak berkorban digunakan untuk membina balik jambatan berkenaan.

Mana perginya keuntungan yang di rai semasa Shafie menjadi Menteri KKLW?

Bukan itu saja Shafie juga gagal menunaikan janji membina semula rumah rumah mangsa kebakaran Kampung Bangau Bangau yang dia tabur semasa kempen PRU2018.

Nah kalau akhirnya kerajaan negeri yang membina jambatan berkenaan. Sewajibnya yang dipandang selepas ini bukan lagi Warisan tapi kepimpinan PGRS/GRS.

One thought on “Shafie Kalau Tidak Mampu Letak Jawatan Serah Pada Kerajaan GRS – Jambatan Roboh Kg Bangau Bangau

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading