Krisis Air UMS  Berakhir, Warisan Bantah Bina Empangan Tapi Shafie Terus Berbohong

Semakin menjadi jadi temberang ketua Warisan si Shafie Apdal ni tau. Serius ini bukan satira.

Begitu rupanya bila seseorang kian terdesak. Terdesak  bila setiap tuduhan yang dilemparkan terbukti palsu, kalaupun berasas pasti perkara itu tinggalan mereka yang gagal diselesaikan.

Makanya saya cabar siapa pun mereka.

Tolong tunjukkan satu tuduhan Shafie yang akhirnya terbukti benar? Tiada.

Seperti juga kenyataan terbaru ini.

Shafie di satu majlis yang dihadiri apek apek Cina di Sandakan.

Memanipulasi isu air dan dia kaitkan dengan masa depan generasi muda atau pelajar, seolah olah masih berlarutan sehingga saat ini, akibat tidak ada tindakan dari kerajaan negeri. Sedangkan kononnya air melimpah, menyebabkan banjir di Penampang.

Boleh pula banjir Penampang menjadi modal politik Shafie ya.

Sewajarnya kejadian banjir di Penampang baru baru ini, menjadi pengajaran. Supaya lain kali jangan sewenang wenangnya mempolitikkan keperluan air.  Sikit sikit bila mengomen di status orang, tiada air  walaupun ada. Dan seolah olah tidak berlaku krisis bekalan air semasa kerajaan Warisan.

Saya berani bersumpah atas nama Allah bahawa semasa kerajaan Warisan masalah bekalan air juga berlaku.

Malah kalau menurut netizen dari Semporna yang viral lama sebelum ini, sampai berminggu tiada bekalan air di kampung mereka. Tapi  tidak berapa viral sebab pembangkang ketika itu agak rasional berbanding hari ini badut Warisan, macam  Shafie juga lah, kuat mengada-ngada. Ibarat pagi kantoi membohong petangnya membohong lagi.

Kalau saja setiap kenyataan mereka, di ambil serius nah ikut kita bodoh, macam mereka.

Nah sekali Tuhan bagi air hujan, melimpah sampai Penampang pun banjir, siapa yang susah? ditakdirkan pula ketika itu Darell Leiking di luar lingkungan. Itulah makanya batang hidungnya tidak kelihatan memberikan bantuan.

Shafie tidak tahu ke perkembangan terkini?

Untuk makluman golongan parti Warisan. Bahwa krisis air yang dihadapi pelajar di UMS sudah  berakhir, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani. Tiada lagi isu air di UMS, pulih sepenuhnya.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-lagi-isu-bekalan-air-ums-pulih-sepenuhnya-480991

Bekalan air di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah pulih sepenuhnya dan berupaya menampung keperluan pelajar sedia ada dan kemasukan baharu bagi sesi 2024/2025 yang dijangka mendaftar awal Oktober ini.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor dalam kenyataan hari ini berkata bekalan air terawat daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) stabil dan mencukupi berdasarkan rekod bacaan harian dilakukan Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UMS.

No wonder lah kalau  Shafie menyebarkan hoax. Sedangkan peserta tunjuk perasaan di PPNS baru ini terdiri dari anak anak PATI  dari Semporna. Yang diangkut oleh si Mukmin Nantang seorang  totok Warisan atau lebih dikenali sebagai Bugis Warisan.

Tapi Bugis Warian ini terlalu tolol. Ada pula PATI dari Filipina yang dia angkut dan peralatkan, kenapa dia tidak import dari Indon, Nunukan?

Tengok tempoh hari yang dikecam kaw kaw oleh netizen, PATI yang diketahui dari Filipina. Sedangan mereka adalah  mangsa politik Warisan yang dijalankan oleh si Mukmin, dupang itu. 

Shafie juga dalam majlis sama, bercakap pasal membina empangan yang kononnya dapat menyelesaikan krisis air.

Isu air sudah di peringkat pemulihan sepenuhnya lah Shafie oiii.

Macam saja cadangan membina empangan itu ideanya.

Bukan hanya bukan idea Shafie malah pihak Warisan yang membantah cadangan membina empangan Papar. Kamu klik link dibawah.

Pembinaan Empangan Papar@Kiduan Dulu Bantah Sekarang Bina, Politik Munafik

Tapi bila Shafie menjadi kerajaan negeri melalui proses jual beli beberapa Adun BN.

Dia bercadang membina empangan, fungsi dan tujuan sama  😂

https://www.utusanborneo.com.my/2018/09/10/kerajaan-kenal-pasti-beberapa-lokasi-bina-empangan

Kesimpulannya cadangan membina empangan bagi mengatasi masalah air dan bekalan letrik. Adalah idea kerajaan Musa Aman ketika itu dan Ketua Menteri Hajiji Noor yang dilaksanakan oleh Kerajaan GRS.

Projek Hidroeletrik Ulu Padas: Usaha Kerajaan Tangani Masalah Eletrik Di Sabah

Sedangkan Shafie hanya mempolitikkan usaha orang lain. Hasilnya kosong!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading