
Shafie Apdal semasa berucap dalam sidang DUN kali ke 16, cuba memburukkan kerajaan negeri Sabah, dengan menggambarkan seolah dialah Ketua Menteri yang paling layak dan pandai.
Macam saja orang tidak maklum betapa gagalnya dia sebagai pemimpin atau menteri, maling, hipokrit dan culas kepimpinannya. Menuduh orang gagal walhal dia lagi gagal, menuduh orang pencuri walhal dialah pencuri sebenar. Menuduh orang mengamalkan kroni walhal dialah bapa kronisme dan nepotisme.
Pokoknya Shafie Apdal dan pengikutnya jenis lidah bercabang. Semakin bercabang kalau masyarakat yang menyokong Warisan orang bodoh atau cetek pengetahuan am. Seperti contoh untuk menutup kegagalan dan penipuan Shafie, orang orangnya dengan mudah mendakwa kuasa Ketua Kampung GRS lebih besar dari seorang Ahli Parlimen Warisan.
Betapa kejinya kepimpinan Warisan. Macam sikap dan pemikiran yang menganggap Sabah ini negeri ke dua mereka. Justeru apa yang jadi, jadilah.
Berbalik pada isu dana SUKUK dan SIP serta SD Bank yang diputar belit dan dipolitikkan oleh si Presiden Warisan, Shafie Apdal.
Shafie mendakwa kerajaan negeri telah menggunakan dana SUKUK. SUKUK adalah bon atau jenis pinjaman kerajaan negeri dari Bank Negara.
Apa masalahnya, jika kerajaan negeri menggunakan dana sendiri untuk menyelamatkan syarikat milik rakyat Sabah?
Kerajaan GRS menggunakan dana SUKUK RM900 juta untuk menyelamatkan Sabah International Petroleum S/B (SIP) imbuhannya 10% saham SIP di Petronas bernilai RM397 menjadi milik SMJ Energy yang akan menjana pulangan RM150 juta setahun, selama 13 tahun akan datang.
Bukan lagi sekadar menyelamatkan syarikat milik negeri tapi membentuk kuasa ekonomi yang lebih besar macam Sarawak. Kalau Shafie memang pandai ekonomi. Pui!
Kenapa kebijakan menyelamatkan syarikat kerajaan negeri menjadi isu kepada Shafie Apdal? Sedar diri sikit Shafie, kau tidak ada kaitan pun dengan agensi kerajaan negeri, kau selama ini hanya sibuk memperkasa kedudukan sebagai Naib Presiden UMNO dan mengorek kekayaan sendiri melalui Kementerian KKLW dan Kementerian Persekutuan lain sebelum KKLW.
Bak kata Dr Mahathir Shafie tidak ada kaitan pun dengan Sabah.
Tidak membuat perubahan yang signifikan semasa menjadi Ketua Menteri Sabah.
Penggunaan Sukuk RM900 juta telah disahkan semasa sidang Dewan Undangan Negeri pada November 2023 disusuli kenyataan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah pada 29 Mei 2024, bahawa SIP akan menjimatkan lebih RM60 juta setahun dalam bentuk faedah kerana kadar faedah Sukuk lebih rendah berbanding kadar SD Bank.
Dalam pada itu SIP telah beroperasi seperti biasa dan berjaya menjana pendapatan sehingga RM271 juta.
Setelah kerajaan negeri mengurangkan hutang tertunggak SD Bank sebanyak RM700 juta SD Bank dapat meneruskan operasinya. Siapa yang untung, bukan ke syarikat dan usahawan negeri Sabah. Selain akan membawa pulangan yang lebih besar kepada negeri?
Hakikatnya kerajaan Warisan atau Shafie Apdal juga meluluskan bon sama iaitu SUKUK sebanyak RM10 bilion, tapi tidak berterus terang semasa menuduh kerajaan GRS, SIP dan SD Bank. Si Shafie main tapuk tapuk tapi terkantoi jua, tuduhan hipokrit yang tidak menjadi.
Berdasarkan sumber. Kerajaan Warisan atau Shafie Apdal telah melunaskan hutang satu syarikat swasta, Cash Berhad sehingga RM172 juta dengan memberi pinjaman baharu kepada pihak yang sama. Ini dia lakukan boleh tapi bila kerajaan GRS menyelamatkan syarikat kerajaan negeri, menjadi satu kesalahan. Pui!
Pertanyaannya apa keuntungan kerajaan negeri Sabah selepas melunaskan hutang Cash Berhad? kosong. Entah entah, Ambrose Lee, selaku pemilik Cash Berhad telah merasuah beberapa pemimpin Warisan ketika itu. Tidak mustahil bukan tidak biasa, era KKLW. Pagi pagi Arab tunggu duit Cina depan pagar rumah.
Untuk lebih jelas, seperti kenyataan dibawah.
Penjelasan tambahan kepada isu terbitan sukuk 900 juta oleh SMJE.
1. Shafie mendakwa Kerajaan tidak sepatutnya ‘bail out’ syarikat ‘Sdn Bhd’. Dia lupa atau sengaja lupa bahawa apapun status syarikat, pemilik tetap bertanggungjawab keatas hutang syarikat yg tidak terbayar. Pemilik syarikat (SIP) ialah Kerajaan Negeri Sabah.
2. Shafie berkata duit 900 juta sepatutnya tidak digunakan untuk membayar hutang syarikat & sebaliknya digunakan untuk projek projek sosio-ekonomi. Duit tersebut bukan diambil daripada Tabung Wang Kerajaan (Consolidated Fund) tetapi diperolehi melalui langganan pelabur pelabur melalui terbitan bon (sukuk). Wang sukuk hanya boleh digunakan untuk tujuan tujuan yang telah dinyatakan lebih awal dalam prospektus penerbitan bon (sukuk).
3. Shafie mendakwa dengan terbitan sukuk 900 juta, Kerajaan membuat hutang baharu 900 juta, Betul. Tetapi hutang tersebut menebus & menutup hutang lama SIP 900 juta, yang juga secara tidak langsung adalah hutang Kerajaan. Hutang tersebut dijamin oleh Kerajaan melalui syarikat pelaburannya, Sabah Development Berhad. SIP adalah anak syarikat SDBhd semasa berhutang.
Hutang Kerajaan tidak bertambah kerana tindakan Kerajaan telah menghapuskan hutang lama yang dikenakan faedah pinjaman yang tinggi:
Hutang lama – faedah pinjaman (bunga) 7% setahun
Hutang baharu – faedah pinjaman (sukuk) 4% setahun.
Semua hutang bank SIP terbayar & membolehkannya mencatat keuntungan (sebelum itu rugi setiap tahun). SIP menjimatkan 60 juta setahun daripada bayaran faedah pinjaman yg tinggi.
Dengan pembayaran hutang oleh SIP, Sabah Development Bank (SDB) mampu membayar sebahagian hutangnya sendiri dan menjimatkan 30 juta setahun daripada bayaran faedah pinjaman. (Kebanyakan hutang SDB adalah obligasi kepada pemegang2 bon terdahulu yg dibuat sebelum zaman Kerajaan GRS sekarang).
Bukan main Shafie menuduh kerajaan GRS, tapi rupanya dia yang lebih. Dalam rakyat Sabah kesusahan rentetan Covid 19. Kerajaan Warisan melalui SD Bank telah memberi pinjaman RM300 juta kepada AirAsia. Last last perkara yang dipersetujui tidak jadi apa, malah bayaran balik tidak lancar, hingga mendesak Tony Fernandes bertemu dengan Ketua Menteri Hajiji Noor bagi mencari jalan keluar.
Meliur Warisan membaca kekayaan Sabah. Mau dicuri macam skandal KKLW.
Shafie Apdal akan terus berkata kata seolah olah rakyat Sabah tidak tahu dia pernah berjanji sebelum ini tapi gagal ditunaikan. Ini orang persis sikap rakyat kelas ke tiga. Kuat membohong, seronok jika berjaya membohong.





















