Ketua Menteri Hadir Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuaan Agong

SIARAN MEDIA 20 JULAI 2024

Ketua Menteri hadir Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni.

Tamat

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading