
Pasal politik sempit, memperalatkan bangsa untuk kepentingan peribadi atas nama parti seperti yang diamalkan kepimpinan Warisan.
Walaupun jelas ia kerja yang tidak bertamadun dan kotor tapi tidak dinafikan serba sedikit membuahkan hasil.
Namum bersyukur hanya bertahan dua tahun lebih, setelah rakyat Sabah menyedari ketidakadilan pemerintahan kerajaan Warisan.
Bayangkan walaupun bermain dengan sentimen bangsa atau sebenarnya perkauman tapi bila kerajaan itu tidak bertanggungjawab dan mementingka diri, maka tidak ada sebab kenapa perlu dipertahankan.
Jadi saya spot on jak!
Semasa menjadi kerajaan negeri, Shafie Apdal terlalu mengutamakan kroni dan kerabat hingga kerajaan Warisan mendapat jolokan Sempornanisasi.
Krono dan kerabat, bukan hanya diberikan kedudukan dalam kerajaan tapi juga dianugerahkan projek gajah putih.
Saya pernah bertanya pada seorang dari mereka pasal projek. Sambil tersenyum dia menjawab, menunjukkan jauh lebih banyak dari nilai yang saya gambarkan.
Kurang itu, di daerah yang diwakili parti Warisan, kerabat terapat diberikan lot tanah dalam pekan untuk dijadikan bangunan kedai. Walaupun tidak mematuhi peraturan PBT.
Pokoknya bina dulu baru jadikan milik peribadi. Barulah boleh berlagak hartawan. Macam saja orang tidak tahu cerita yang sebenarnya.
Penyokong Warisan yang tidak ada kaitan dengan mereka hanya berputih mata. Frasarana untuk kampung mereka pun tidak dapat. Janji hingga menitis air mata, tinggal kenangan sebab mereka bukan kerabat.
Daripada era kerajaan UMNO lagi, orang luar walaupun telah menyumbang tapi kalau tidak ada kaitan akan dipinggirkan takut kekuatan mereka berkurangan.
Yang lucunya walaupun diperlakukan seperti sampah, tapi masih juga ada yang menyokong kepimpinan Shafie Apdal.
Sekali diperbodoh perkara biasa, kali kedua diperbodoh tapi tetap bertahan, kamulah yang sebenarnya teramat bodoh.
Satu ketika, bila berhadapan dengan bangsa Bajau dan Suluk maka KDMR akan menjadi bahan propaganda. Dicananglah KDMR bangsa yang rasis hanya bersekutu dalam parti PBS dan STAR. Justeru itu Bajau Suluk mesti mengikut sikap mereka bersekutu dalam parti Warisan.
Sabah kita punya tapi habuk pun tidak ada.
Selain propaganda bangsa, mereka juga dijanjikan keterangan diri dan sebagainya. Tapi sampai kerajaan Warisan tumbang, apapun tidak ada.
Diluar, kerabat atau orang yang rapat dengan Shafie Apdal berusaha menutup kegagalan. Berbohong kononnya sikit lagi keterangan diri dibuat, kalau kerajaan Warisan tidak tumbang.
Sebenarnya takut kehilangan undi KDMR. Apa lagi Si Aziz Jamman tidak konsisten ketika menjelaskan perlaksanaan PSS. Telah memangkinkan penolakan penyokong Warisan itu sendiri terhadap perlaksanaan PSS.
Sepatutnya jangan takut, kalau perkara itu untuk kebaikan. Bukan ke yang benar tetap benar dan pasti dalam lindungan yang maha esa.
Baru baru ini penyokong Warisan terpaksa berpindah kerana tanah yang mereka duduki akan dimajukan oleh pemiliknya.
Namun sehingga saat ini tidak ada satupun kenyataan dari Shafie Apdal untuk membela mereka. Entah apa alasannya kenapa Shafie mendiamkan diri.
Yang disorong pemimpin yang tidak ada kaitan dengan Bajau Suluk iaitu si Junz Wong.
Apa barang seorang Cina Warisan bercakap pasal nasib Bajau dan Suluk, apa lagi ke atas komuniti yang tidak ada keterangan diri. Bohonglah tu.
Inilah yang dikatakan asal berbunyi nanti pandailah badut Warisan menokok tambah. Pui!
Sekali lagi, bukan sebab apa, Shafie takut kehilangan undi KDMR pro Warisan, kerana itulah si Junz Wong di kambing hitamkan.
Si Junz Wong dalam entrinya berpura pura kasihan melihat video rumah atau gerai dirobohkan.
Dimana konon keprihatinan kerajaan negeri GRS.
Prihatin apa yang dituntut. Kampung penyokong Warisan di Inanam dan Karambunai yang dirobohkan oleh pemilik tanah, wujud semasa kerajaan Warisan, tapi Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah ketika itu, tidak mencari jalan penyelesaian.
Bukan apa, sekali selagi takut kehilangan undi KDMR.
Di Semporna baru baru ini pondok Bajau Laut di robohkan di satu Pulau di Semporna. Tidak juga Shafie Apdal mempertahankan mereka, malah di sokong asal jangan di bakar.
Macam saja ada yang tegar membakar rumah, kalau bukan pemilik pondok atau rumah yang terkesan.
Dalam masa yang sama laskar Warisan menyalahkan kerajaan negeri, walhal Shafie sendiri tidak peduli. Manusia kartun.
Percayalah kepimpinan Warisan tidak akan sanggup kehilangan undi walaupun perkara itu bertentangan dengan undang undang dan akan merugikan negeri dan rakyat Sabah.
Yang jelas rugi Bajau Suluk yang menyokong Warisan
Esok esok kalau perkampungan setinggan berjaya di tangani oleh pemerintah. Baru tu Shafie muncul memberikan solusi, berlagak pandai dan hero kepada bangsa bangsa.
Samalah tu dengan cerita kes curi air yang dicanang oleh kepimpinan dan badut Warisan. Bila kerajaan bertindak ke atas penyokong Warisan yang terbabit. Alih alih kerajaan GRS pula yang difitnah tidak ada kemanusiaan dan dikaitkan dengan bencana alam. Pui!
Shafie itu yang wajar dipersoalkan, mana tanggungjawabnya selepas memperalatkan bangsa untuk kepentingan parti Warisan.
Bajau, Suluk dan Bugis yang tinggal di perkampungan setinggan. Tahu ke mereka, segelintir penyokong Warisan berbangsa Bajau pantai timur suka kalau rumah rumah mereka dirobohkan, atas alasan kemajuan.
Alasan temberang saja tu, bukan mereka punya harta atau tanah pun.
Hakikatnya mereka perkauman, hipoktar dan berlagak. Risau kalau PTI yang tidak berdosa dan orang miskin dikaitkan dengan mereka. Pui. Macamlah pemilik ladang beribu ekar, walhal makan gaji juga.





















Leave a Reply