


PENAMPANG: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengarahkan semua PBT di seluruh negeri supaya sentiasa berjaga-jaga memandangkan musim hujan.
“Pastikan semua longkang dibersihkan. Jangan tunggu hujan baru ambil tindakan. Kita nak mitigasi dan perlu bersiap sedia sepanjang masa,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat perlindungan sementara Pusat Kebudayaan Penampang di sini hari ini.
Ketua Menteri berkata kerajaan Negeri dan Persekutuan amat prihatin terhadap mereka yang terjejas akibat banjir kilat dan akan membantu semua mangsa.
“Kerajaan Negeri bersimpati dengan nasib mereka jadi kami bersedia memberi bantuan tunai kecemasan RM1,000 kepada setiap keluarga di Pusat Kebudayaan Penampang.
“Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick yang merupakan Ahli Parlimen Penampang juga akan menghulurkan bantuan,” katanya.
Pada masa sama, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk membantu mereka yang tidak dipindahkan ke pusat perlindungan sementara tetapi rumah mereka rosak teruk akibat banjir.
Terdahulu, Pegawai Daerah Francis Chong memberi taklimat kepada Ketua Menteri bahawa pada masa ini terdapat 67 keluarga membabitkan 165 orang mencari perlindungan di pusat perlindungan sementara itu sejak ia diaktifkan pada 5.25 petang Ahad.
Beliau juga dimaklumkan bahawa 11 kampung di sekitar daerah Penampang ditenggelami air akibat hujan lebat pada Ahad.
Satu nyawa terkorban membabitkan seorang wanita yang dihanyutkan arus deras berhampiran bulatan di Donggongon ketika banjir kilat.
Later, Hajiji was accompanied by Ewon, State Secretary Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong, Assistant Works Minister Datuk Limus Juri and Internal Affairs and Research Secretary Datuk






















Leave a Reply