Keputusan Mahkamah Rayuan 18 Jun 2024 Artikel 112C Dan 112D Adalah Kepentingan Perlembagaan Tinggi



Kami memuji keputusan pihak Mahkamah Rayuan (COA) pada hari ini dalam mengekalkan kedudukan pihak Mahkamah Tinggi yang memberikan kebenaran kepada Sabah Law Society untuk meneruskan perbicaraan substantif permohonan semakan kehakiman mereka berkenaan dengan Geran Pemberian Khas 40% yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Pihak Mahkamah Rayuan (COA) dalam menolak rayuan oleh pihak Jabatan Peguam Negara Persekutuan (FAGC) telah tidak bersetuju dengan kenyataan daripada pihak mereka bahawa Sabah Law Society tidak mempunyai “locus standi” atau bahawa perkara itu adalah “non- justiciable”. Tiada sebarang kos yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Rayuan (COA).

Adalah penting untuk merekodkan bahawa sebelum menyampaikan keputusan itu, pihak Kerajaan Negeri Sabah (yang diwakili oleh Peguam Besar Negeri Sabah dan saya sendiri) telah diminta dan telah pun mengesahkan pendiriannya secara lisan iaitu isu perlembagaan yang penting ini harus diselesaikan sepenuhnya berdasarkan merit dalam perbicaraan substantif permohonan oleh “Sabah Law Society” di Mahkamah Tinggi. Sebagai tambahan, kami juga telah mengesahkan bahawa kami telah menarik balik penyerahan awal (earlier submission) yang dibuat pada 16 Mei 2024.

Oleh itu, pihak kami tidak menyokong rayuan yang dibuat oleh pihak Jabatan Peguam Negara Persekutuan (FAGC) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk memberikan kebenaran kepada “Sabah Law Society”.

Selain itu, Kerajaan Negeri Sabah akan didengar sebagai pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi. Seperti yang telah dinyatakan oleh pihak Mahkamah Rayuan (COA), ini merupakan kepentingan perlembagaan yang tinggi (High Constitutional Importance) dan adalah wajar untuk ditafsir secara kehakiman dan ditetapkan sebagai perkara kepentingan awam (public interest).

Dalam masa yang sama dan secara berasingan, sesi perundingan diantara Kerajaan Negeri Sabah dengan Kerajaan Persekutuan adalah dijangka berterusan mengenai dengan Pemberian Khas Hasil Bersih 40% di bawah Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah dipersetujui mengikut “interim arrangement” diantara Kerajaan masing-masing.

DATUK BRENNDON KEITH SOH Penasihat Undang-Undang kepada Ketua Menteri Sabah

18 Jun 2024

SABAH MAJU JAYA

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑