Penyerahan Geran Tanah 380 DUN Pintasan Kota Belud

Majlis Penyerahan 380 Geran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.8 Pintasan di Padang Belia Kampung Pantai Emas.

Kerajaan Negeri sangat komited dalam usaha membantu rakyat Sabah untuk memiliki hak milik tanah yang sah dan memperkukuhkan kedudukan mereka dalam pembangunan sosio-ekonomi negeri.

Bersama-sama, kita akan memacu kemajuan negeri ini ke arah yang lebih cemerlang dan makmur. Semoga geran ini menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan yang lebih besar bagi mereka dan generasi akan datang.

Sementara itu, mengenai isu tanah anak negeri, Hajiji berkata penyukatan tanah dan penyerahan geran tanah kepada penduduk di seluruh negeri melalui Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) akan diteruskan.

Katanya, program itu yang dimulakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2011 berjaya menyelesaikan masalah kelewatan penyukatan tanah dan pemberian geran kepada ribuan penduduk negeri ini.

Beliau bagaimanapun berkata, ada pemimpin pembangkang di negeri ini mengaku usaha pemberian geran tanah kepada penduduk itu dimulakan ketika mereka memerintah sebelum ini.

“Program di bawah PANTAS ini telah diwujudkan pada 2011 lagi ketika di bawah Kerajaan BN, tapi ada setengah pemimpin menganggap program PANTAS ini adalah inisiatif mereka terutama Parti Warisan”.

“Shafie (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) jika berucap di mana-mana waktu dia Ketua Menteri dulu, dia cakap itu adalah inisiatif kerajaannya. Mereka kata usaha menolong rakyat, menyukat tanah rakyat itu dimulakan Warisan”.

“Itu tidak benar, PANTAS dilancarkan pada 2011 lagi dan sudah beribu geran diserah kepada rakyat, bukan Warisan yang mulakan. Saya cakap ini supaya kita tahu”.

“Program PANTAS ini akan kita teruskan dan saya telah minta Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur supaya ia diteruskan di seluruh Sabah. Mana-mana rakyat menunggu lama yang belum dapat geran tanah kita mesti sukat untuk pastikan rakyat mendapat hak mereka,” katanya.

Beliau memberi jaminan kerajaan pimpinannya akan meneruskan usaha melalui PANTAS itu

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑