
Keluar warna sebenar Shafie Apdal disebalik retorik artikel 6(7) yang dia jajah semasa sambutan tahun baru Cina yang dia anjurkan.
Shafie mempersoal peruntukan 6(7) sedangkan artikel ini telah pun dibatalkan oleh kerajaan.
Pembatalan artikel 6(7) mendapat sokongan majoriti dari Adun Adun negeri Sabah, kecuali tiga atau empat Adun Warisan dan beberapa lagi yang tidak hadir.
Shafie jangan terlalu mengada ngada, kamu tidak pernah terlibat menggubal perlembagaan negeri. Selama ini hanya pemimpin yang kau jadikan musuh politik di Sabah yang bertungkus lumus membangun Sabah.
Selama ini Shafie hanya sibuk berpolitik di Semenanjung dari sana kamu mendapat pengaruh dan kedudukan, namun tidak semena mena meninggalkan UMNO.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, alasan Shafie meninggalkan UMNO kerana skandal 1MDB hanyalah alasan semata mata yang sebenarnya Shafei merasa dipermalukan setelah mendapat tahu akan digugurkan dari Kementerian KKLW oleh Najib Razak.
Setelah dibuang dari UMNO, tiba tiba menuntut perjanjian Malaysia 1963, sedangkan semasa dalam UMNO Shafie berpendapat sebaliknya.
Hari ini, ada kamu dengar Shafie bercakap soal skandal 1MDB? tidak ada sudah kan!
Inilah pemimpin yang tidak ada versi yang jelas. Pemimpin atau parti yang tidak ada versi jelas senang diperalatkan dalam masa yang sama senang dijatuhkan. Akhirnya yang rugi adalah rakyat Sabah secara keseluruhannya.
Berhati hati kamu wahai rakyat Sabah. Tolak Warisan jauh jauh hingga ke lautan hindi.
Pemimpin sebenar Sabah lebih tahu dan prihatin, apa yang terbaik untuk rakyat dan negeri ini termasuklah membatalkan artikel 6(7).
Kerajaan GRS juga berhasrat mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada hanya dua penggal. Pasti cadangan ini juga akan ditolak oleh Presiden Warisan Shafie Apdal, tengok saja.
Artikel 6(7) boleh dimanipulasi dan akan merosakkan masa depan negeri dan generasi akan datang. Ini kerana artikel ini menyatakan hanya Presiden Parti yang boleh diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah.
Katakanlah ketika itu parti Warisan mendapat 10 kerusi berbanding parti parti lain dalam GRS, tetapi jika dicampur kerusi GRS lebih banyak berbanding parti Warisan. Tapi kerana artikel 6(7) menyatakan demikian maka hanya Presiden parti yang boleh dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, ketika itu Shafielah yang ada kelebihan. Adil ke?
Shafie nampak yang artikel 6(7) hanya menyebelahi Warisan berbanding parti parti lain.
GRS adalah gabungan parti parti sama seperti GPS di Sarawak. Sebab itulah jangan hairan kenapa politik Sarawak tidak boleh dibuli.
Dari konteks artikel 6(7) cuba bayangkan jika kebanyakan orang orang yang rosak dan banyak menjadi pengundi tegar parti Warisan. Apa akan berlaku pada negeri dan rakyat Sabah?
Pernah kamu dengar kepimpinan Shafie bercakap pasal gejala syabu dan jenayah seumpamanya? mereka tidak kisah pun yang penting golongan itu menyumbang kepada undi calon Warisan.
Jangan anggap ini cerita karut, hakikatnya kartel dadah benar benar wujud di Sabah.
Kita sudah dapat menghidu permainan Shafie lalu apa yang kita perlu buat? kuburkan Warisan seperti mana artikel 6(7). Kita bina kekuatan politik Sabah sama seperti GPS di Sarawak.
SEMASA penggulungan pada sidang DUN Sabah 25 Mei 2023, Ketua Menteri berjanji untuk meneliti kembali permansuhan perkara 6(7) Perlembagaan Negeri walaupun telah diluluskan semasa sidang itu.
Selepas meneliti kembali pemansuhan itu, ianya terbukti tepat, kerana kandungan Perkara 6(7) selain kurang jelas akan tetapi mengelirukan, dan juga tidak bersesuaian lagi dengan keadaan semasa.
Adalah suatu kewajaran mana-mana undang-undang yang usang dan tidak sesuai dengan keadaan masa, samada disemak semula atau dimansuhkan/dibatalkan.
Berkaitan dengan Perkara 6 (7) Perlembagaan Negeri, ianya lebih tempat dimansuhkan agar Perkara 6(3) berfungsi secara mutlak, dan tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan keputusan TYT berkaitan Perlantikan Ketua Menteri Sabah, kerana selain mengikut Perlembagaan juga demokratik.
Berkaitan desakan Datuk Shafie Apdal agar Perkara 6(3) perlu dikembalikan, hakikatnya cubaan mengelirukan rakyat, kerana ianya tidak pernah dimansuhkan, malah diperkukuh apabila Perkara 6(7) dimansuhkan.
Perkara 6(7) adalah klausa tambahan yang digubal pada tahun 1990, untuk memastikan, setiap wakil rakyat parti hanya mencalonkan/menyokong Presiden parti mereka untuk dilantik sebagai Ketua Menteri, dan dilarang mencalonkan wakil rakyat lain.
Walaupun Perkara 6(7) digubal ianya tidak pernah digunakan untuk perlantikan Ketua Menteri, sebaliknya TYT hanya berpandukan Perkara 6(3).
Tidak pasti apa tujuan Shafie membangkitkan Perkara 6(7), apakah terselubung niat, bahawa hanya beliau boleh dicalonkan sebagai Ketua Menteri? Dengan menggunakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak,di antara parti-parti? kerana pada PRN16 Sabah beliau cuba menggunakan Perkara 6(7) untuk mempengaruhi TYT Sabah, kerana pada PRN itu, Parti Warisan merupakan single parti mempunyai kerusi terbanyak.
Apapun dakwaan Presiden Warisan itu, Perkara 6(7) bukan lagi sebahagian Perlembagaan Negeri, dan Perlantikan Ketua Menteri berpandukan Perkara 6(3).





















