



Okey tak apa kita terima penghinaan mereka sebagai politik Warisan yang keji dan kotor.
Saya kenal politik Warisan sebagai politik moron sejak dari dulu.
Sebab itu jugalah antara alasan yang digunakan oleh mereka yang meninggalkan Warisan adalah kerana ketaksuban dan kekejian penyokong tegar Warisan.
Saya boleh berlagak macam orang baik sangat sebab saya tidak pernah melakukan hal seperti ini pada mana mana pemimpin politik. Kalau mengkritik kaw kaw saya tidak nafikan memang cara saya.
Jadi ngam jugalah laporan Polis dibuat ke atas puak puak Warisan supaya masyarakat tahu itulah perangai sebenar mereka, itu belum menjadi kerajaan, sudah pun tidak bermoral.
Dibawah laporan Polis yang dibuat oleh Ketua pemuda GRS.
Kota Kinabalu: Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Negeri Sabah melalui Ketua Penerangannya, Steve Johnny Mositun, membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial Facebook yang menggunakan nama Angelina Peace, kerana menggunakan imej Ketua Menteri dan membuat hantaran dengan niat menghina pemimpi tersebut.
Dalam kita mempunyai hak menyuarakan pandangan, harus diingati bahawa setiap siaran atas talian internet mempunyai had limit. Tidak kira apa saja siaran kita lakukan, sama ada tentang Kepimpinan tidak kira aliran, jangan la kita melakukanya melebihi had sehingga menghina.
Kita mempunyai Akta dan peraturan dimana harus kita patuhi. Sambil menambah setiap perancangan dan kemajuan akan melalui fasa dan kita memahami jika ada ketidak puas hatian daripada Rakyat atau individu.
Namun biarlah kita menjadi contoh dalam Kematangan dalam membuat apa saja siaran dalam media social yang boleh menjadi viral. Orang Sabah Terkenal dengan sikap toleransi yang tinggi, biarla ia menjadi contoh kepada semua dan tidak menjadi siaran toksik yang membuatkan perbalahan. Sambil menambah kesedaran tentang seksyen atau Akta tentang had seseorang dalam membuat siaran harus dilakukan di peringkat sekolah atau melalui agensi yang berkaitan.
Kita perlukan kritikan tetapi bukan melebihan atas peraturan yang ada di Negara Malaysia.






















Leave a Reply