Oh rupanya kemorosotan nilai ringgit sejak kebelakangan ini disebabkan dua hal dan tidak disebabkan kelemahan kerajaan perpaduan atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim seperti yang dicanang pembangkang.
Pertama sumber yang menjana ekonomi Malaysia tidak bertambah sejak krisis kewangan Asia 1998.
Menambah kot tapi pertambahnnya tidak signifikan, kalau dulu jual keropok ubi hari ini jual keropok lekor dan diimport keluarga negara. Tapi berapa sen sangat kan.
Malaysia sehingga hari ini hanya bergantung pada sumber alam Petroleum dan ladang komersial kelapa sawit serta sektor pelancongan.
Kedua angkara skandal 1MDB. Dimana berbilion ringgit dibawa keluar dari Malaysia. Skandal ini juga telah memberi persepsi buruk kepada pelabur untuk tidak melabur di Malaysia.
Tidak seperti negara Thailand dan Korea Selatan, negara ini menceburi teknologi reka cipta dan seumpamanya.
Ertinya kerajaan perpaduan tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya.Jadi bilalah nilai ringgit pulih.

https://x.com/ApurvaSanghi/status/1760840268918792658?s=20
Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Apurva Sanghi memaklumkan dua faktor utama penurunan Ringgit adalah kekurangan daya saing dan juga skandal 1MDB.
Menurutnya, kekurangan daya saing ini sebenarnya berkait rapat dengan ketiadaan pembaharuan ketara dilakukan oleh negara sejak Krisis Kewangan Asia 1998 (AFC).
Jelas Apurva, negara Asia lain yang turut terjejas dengan AFC berjaya bangkit dari kemerosotan kerana berani menanggung risiko atas pembaharuan dilakukan mereka.
Perkara tersebut didedahkan oleh Apurva Sanghi menerusi satu hantaran tular yang telah dimuat naik di akaun media sosial X (Twitter) miliknya, baru-baru ini.
“Ringgit Malaysia mulanya lebih kukuh daripada Baht Thai dan Won Korea Selatan. Tetapi sekarang tidak lagi kerana Thailand dan Korea adalah dua negara yang boleh dikatakan paling banyak melakukan pembaharuan selepas AFC.“Mereka lebih memilih untuk berdepan dengan ‘kesakitan’ jangka masa pendek bagi mendapatkan keuntungan pada jangka masa yang panjang. Sayangnya, Malaysia tidak bertindak sedemikian,” katanya dalam hantaran tersebut.T
ambah Apurva, penurunan pelaburan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sejak AFC berlaku turut mendorong kepada masalah prestasi Ringgit.Mengulas lanjut Apurva memberitahu, masalah kian meruncing akibat skandal 1MDB (1Malaysia Development Bhd) di mana ia menjejaskan Ringgit dengan begitu parah.
“Lebihan fiskal terakhir Malaysia adalah ketika pra-AFC. (Peratusan) Eksport berbanding KDNK juga menguncup daripada 120 peratus pada 1999 kepada 68 peratus pada 2023,” dedahnya.
Dalam perkongsian tersebut, Apurva turut menyatakan satu perumpamaan antara masalah penurunan Ringgit Malaysia dengan penurunan berat badan manusia.“Jika anda ingin menurunkan berat badan, mulakan dengan tabiat yang baik. Maka, berat akan turun sendiri.
Begitu juga dengan Ringgit Malaysia yang merosot akibat ‘tabiat’ daya saing Malaysia.“Jika anda menjaga kemerosotan ini, seperti mana penggubal dasar cuba lakukan. Maka Ringgit Malaysia juga akan ‘menguruskan’ dirinya sendiri.” Selorohnya.






















Leave a Reply