
Move on lah Shafie jangan terlalu melalak di tempat orang macam langau. Merata kamu pergi dan tidak lagi mengira batas waktu dan jenis majlis dan perayaan.
Sedangkan matlamat perayaan adalah untuk memupuk keharmonian dikalangan kaum tanpa mengira bangsa dan agama serta fahaman politik.
Lebih baik kau tengok Parlimen dan DUN yang diwakili Warisan. Macam mangsa keadaan sudah, orang luar tidak lagi mempercayai mereka, sementara kau pula mangkin rancak menanam kebencian di tempat orang. Perjuangan apa bha ni? tunggu jadi ketua Menteri, baru ada tanggungjawab ke? berapa kali ada jawatan tinggi dalam kerajaan dah.
Ucapan terbaru Shafie sempena sambutan tahun baru Cina, entah dimana. Ini yang menjadi bahan pada kali ini iaitu artikel 6 (7).
Mendakwa perlantikan Datuk Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah tidak sah kerana bertanding atas tiket Bersatu dan itu kononnya bertentangan dengan artikel diatas.
Sebelum pilihan raya negeri 2020 Datuk Hajiji dan kumpulannya menjadi ahli Bersatu. Tetapi semasa bertanding mereka menggunakan logo PN dan tidak berapa lama PN Sabah dijenamakan menjadi GRS kerana hanya orang Sabah mengenal politik Sabah itu sendiri.
Makanya pada pilihan raya umum 2022 calon kerajaan atau PPBM meneruskan penggunaan logo GRS.
GRS ditubuhkan secara rasmi pada September 2020.
Macam juga di Sarawak bha terdiri dari pelbagai parti tapi bila bertanding mereka menggunakan logo GPS.
Sebelum ini Shafie telah disekolahkan oleh Datuk Joachim yang juga Adun Kundasang bahawa pendapat Shafie itu bertentangan dengan keputusan Mahkamah yang menentukan status artikel 6(7).
Dimana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengatakan bahawa Perkara 6(7) hanya terpakai jika sejurus pilihan raya negeri ada parti politik memenangi lebih daripada 50 peratus dari kerusi yang dipertandingkan.
Sedangkan kerusi yang dimenangi parti Warisan tidak sampai pun 40 peratus, justeru dimana relevannya artikel 6(7) pada Shafie.
Pada tahun 2018 berlaku perebutan jawatan Ketua Menteri Sabah antara Musa Aman dan Shafie Apdal. Shafie menang dalam perebutan itu sebab menggunakan artikel 6(7) dan 6(3). Begitu pula pada 2020, Hajiji menggunakan artikel yang sama dan menang.
Tapi sehingga saat ini Shafie tidak berpuashati dan menyalahkan Datuk Hajiji Noor. Lucu!
Shafie jangan lupa usai PRN Sabah 2020 itu ada 14 Adun UMNO yang menyokong Datuk Hajiji sebagai Ketua Menteri, itu bererti mereka mengakui keabsahan artikel 6(7) yang membolehkan Datuk Hajiji ditabalkan sebagai Ketua Menteri Sabah ke 16.
So kalau masih bersugul, bagus Shafie keji dan sumpah sarana Bung Mokhtar dan orang orangnya bukan hanya Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.
Shafie tahu ke yang artikel 6(7) telah digugurkan melalui rang undang undang yang dibaca kali kedua pada Mei 2023 oleh Ketua Menteri Sabah di sidang dewan undangan Negeri. 61 Adun bersetuju manakala 14 tidak bersetuju 4 tidak hadir, antara yang tidak hadir Bung Mokhtar rasanya. Itu bererti artikel tidak lagi relevan untuk dipersoalkan.





















Leave a Reply