SST Naik Kepada 8%, Cukai Keuntungan Modal Pada 10%, Cukai Barang Bernilai Tinggi Diperkenalkan – PM Anwar

Kenaikan cukai SST dari 6% kepada 8%  dijangka akan dilaksanana secara rasminya tahun ini dan untuk lebih berkesan  e-invois akan diperkenalkan.

Berapa peratus GST sebelum ini? 6% ertinya bertambah 2% menjadi SST 8%.

Jadi pada penyokong Warisan atau lebih khusus laskar Warisan. Jangan kamu berlakon marah pada kerajaan Perpaduan dengan mendakwa GST lebih baik tapi ketika itu dipolitikan oleh Pakaran Harapan.

Kamu kena ingat Presiden Warisan Shafie Apdal ada dalam kerajaan perpaduan dan adiknya dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi walaupun hanya bermodalkan tiga kerusi parlimen.

Shafie yang mula mula mendabik dada sebagai orang pertama menyokong Anwar, walhal Shafie dan Dr Mahathir jugalah yang tidak bersetuju Anwar Ibrahim menggantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 8.

Pada laskar UMNO pula, kalau kamu tidak bersetuju dengan kadar ini sebab kononnya bakal menyusahkan rakyat. Nah kamu desak Timbalan Perdana Menteri supaya membatalkan SST ini ? Desak sampai Zahid cabut lari dari kerajaan perpaduan dengan demikian nampaklah juga UMNO benar benar kisah dengan kesusahan rakyat. Bukan sekadar lakonan bertujuan mengawal kerosakan UMNO yang terus ditolak oleh orang Melayu.


KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan mulai tahun hadapan bagi meluaskan asas hasil negara dan pada masa yang sama tidak membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata cukai yang dipungut oleh kerajaan adalah antara yang terendah di Asean pada 11.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar ketimbang (berbanding) Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus).

Menurutnya kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8.0 peratus ketimbang 6.0 peratus dan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.โ€œKerajaan juga akan meluaskan skop perhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke,โ€ katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata kerajaan juga akan menguatkuasakan pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.

Kerajaan turut mempetimbangkan pengecualian cukai keuntungan modal ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti tawaran awam permulaan (IPO) yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.Anwar berkata kerajaan akan turut menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan cukai barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.

https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/sst-naik-kepada-lapan-peratus-cukai-keuntungan-modal-pada-10-peratus-cukai-barang-bernilai-tinggi-diperkenalkan-pm-anwar

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading