Artikel UMNO Bekerjasama Dengan Parti Tertentu Sikitpun Tidak Menyeramkan GRS.

Ditularkan oleh penyokong UMNO satu artikel yang mengulas kerjasama parti parti utama di Sabah dalam usaha mengalahkan Kerajaan GRS di pilihan raya negeri yang akan datang.

Dikatakan persepakatan Bung Mokhtar dan Shafie tidak direstui oleh sebahagian besar Ketua Ketua Bahagian UMNO Smenanjung.

Walaupun tidak dinyatakan kenapa. Tapi kita boleh agak, UMNO tidak memaafkan Shafie yang dianggap tidak mengenang budi. Apa lagi setelah Shafie meninggalkan UMNO, Najib lah menjadi sasaran politiknya yang dia kaitkan dengan 1MDB.

Bung Mokhtar saja tu yang pipi tersorong sorong.

Shafie sendiri mengakui dalam ucapannya bahwa dia yang hina diangkat menjadi orang oleh UMNO (lebih kurang begitu)

Oleh kerana itu UMNO pusat telah mengambil keputusan hanya bekerjasama dengan PH dan Warisan diletakkan sebagai Warisan plus.

Warisan plus bererti Shafie tidak dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Ketua Menteri.

Warisan hanya ditugaskan melawan di pantai timur Sabah. Itu bererti orang seperti Darell Leiking dan sewaktu dengannya dinasihatkan berehat.

Warisan melawan GRS di pantai timur Sabah, suruh berihat awal awal, paling pun Semporna saja yang bekutip.

Namun menurut artikel yang tersebar Bung Mokhtar belum dimaklumkan tentang kerjasamanya dengan Warisan.

Bung apa lah sangat di mata pemimpin-pemimpin UMNO Semenanjung, mahal lagi teh tarik. Tidak dipandang tu, kalau dipandang sudah lama merasa jawatan Menteri atau Timbalan Menteri.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah baru ini pun atas ehsan GRS. Sebab itulah langkah Kinabalu tidak mendapat sambutan dari dua atau tiga wakil rakyat UMNO.

Tentang UPKO saya tidak melihatnya sebagai ancaman kepada GRS kerana telah terbukti pengundi calon UPKP kebanyakannya terdiri dari penyokong penyokong tegar PH terutamanya DAP.

Begitulah isi berita yang disebarkan namun sama sekali tidak menyeramkan GRS atau majoriti rakyat Sabah.

GRS di Sabah tidak perlu banyak strategik untuk kekal kuat, hanya perlu bekerjasama dengan PH maka kekuatan GRS akan bertambah.

Masyarakat Sabah hari ini ramai sudah yang buka mata. UMNO lah yang menyebabkan Sabah ketinggalan tidak seperti GPS di Sarawak membangun dan maju kerana tidak ada UMNO. GPS juga mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak baru baru ini kerana kenyataan Ketua GPS yang tidak akan bekerjasama dengan BN.

Sentimen orang Sabah terhadap UMNO telah terbukti dalam pilihan raya negeri 2020 dimana calon Bebas berjaya mengalahkan tiga calon UMNO.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading