
Baru saja semalam Adun Merotai kantoi membohong. Dan itu bukan kali pertama tuduhannya berjaya dibuktikan sebagai pembohongan.
Kita maklum, kenapa siri tuduhan yang tidak berasas sentiasa dicipta oleh pemimpin dan laskar Warisan. Tidak lain untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai pada mereka. Tapi sayang setiap tuduhan mereka berjaya dinafikan secara fakta.
Semalam netizen mendedahkan cerita sebenar berkenaan “tangkapan” beberapa individu di lapangan terbang Tawau bersama 110 Kg emas. Salah faham hingga membawa kepada tangkapan itu cuba dimanipulasi oleh Adun Merotai Sarifuddin dan mengaitkannya dengan agensi Kastam.
Hakikatnya ia bukannya pelanggaran undang undang kastam tapi lebih kepada salah faham yang berlaku semasa pemeriksaan di lapangan terbang Tawau.
Seperti mana kenyataan rasmi Jabatan Kastam bahawa emas yang dibawah itu tidak melanggar akta Kastam. Oleh itu emas telah diserahkan kepada pemilik. Seperti mana link dibawah.
Adun Merotai Kantoi Mengada Ngada Setelah Penjelasan Kastam – Emas

Habis disitu…
Tapi mangkuk Merotai sengaja tidak berpuashati. Mungkin sebab terlalu malu setelah beberapa pendedahan yang membuktikan hampir tiada satupun kenyataannya yang terbukti benar. Ditambah dalam pendedahan, dia dikaitkan dengan penyeludupan barang bersubsidi ke negara jiran, Nunukan Indonesia. Justeru itu menurut netizen Sabah, tidak layak dia bercakap pasal untung rugi kerajaan Sabah, kerana selama ini dialah antara rakyat Sabah yang menjual subsidi rakyat kepada negara luar.
Hari ini Adun Merotai mengugut akan membuat laporan SPRM berhubung emas yang dipulangkan oleh Jabatan Kastam. Dan kali ini dia kaitkan atau persalahkan pula Jabatan Manirel dan Geosains. Sedangkan Jabatan ini juga telah membuat kenyataan rasmi bahawa perlombongan emas di Bukit Mantri itu sah atau telah mendapat kelulusan dari mereka. Banyak betul songehnya mangkuk Merotai ni. Seperti mana artikel sebelum ini.
Lombong Emas Balung Sah (legal) Ada Kelulusan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah


Lucunya bila saya rujuk balik kenyataan Adun Merotai yang mengugut akan membuat laporan SPRM, artikel itu sudah error. Hahaha. Kenapa agaknya?

Tapi tidak apa, terlanjur saya menulis ini, saya paparkan juga walaupun artikel yang menjadi bahan sudah error.
Dakwaan atau tuduhan apa lagi selepas ini yang akan dibuat oleh Adun Merotai?






















Leave a Reply