Watch “Kerajaan tiada kena mengena dalam kes Enakmen Syariah Kelantan – PM” on YouTube

Kerajaan Persekutuan atau Perdana Menteri Malaysia tidak campur tangan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Dikatakan sebab Enakmen syariah itu ditentang di Mahkamah kerana ia bertindih dengan perlembagaan Persekutuan. Dalam erti kata berlaku pertindihan kuasa antara kerajaan negeri dan perlembagaan persekutuan

Menurut Anwar Ibrahim petisyen difailkan semasa kerajaan Perikatan Nasional iaitu sekitar 2020-2021.

Dimana petisyen dikemukakan seorang peguam dari Kelantan, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tinggi juga kuasa Mahkamah Persekutuan ya. Ternyata tidak mudah bagi kerajaan negeri menggubal undang undang sendiri.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading