Ada Tangkapan Terbaru? Yang Pasti Kartel Terbesar Di Sabah Bakal Didakwa Di Mahkamah

Pasal tangkapan kartel dadah terbesar di Sabah yang dicekup baru baru ini, dimana bos kartel dikaitkan oleh netizen dengan parti politik yang bertapak di Semporna, Sabah parti Warisan.

Sindiket Dadah Terbesar Di Sabah Didalangi ‘Datuk’ Tumpas – Ayob (Video) – Tahniah Anwar & Hajiji

Polis Semporna Berjaya Rampas Lebih 20 Kg Dadah Syabu – Tahniah PDRM, PM Anwar, KM Hajiji

Menjadi isu antarabangsa sampaikan Vloggers Indon menjadikannya konten. Viral pula tu.

Pagi tadi saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan. Kawan yang baru jak saya “tolong” berkenaan paip air besar pecah menuju ke kampungnya, Kampung Bubul entah batu berapa, pecah akibat kerja kerja pembinaan.

Bertanya benar ke bekas ahli Parlimen sudah di tangkap dua hari lepas. Saya jawab mana saya tahu.

Sampai sudah masanya kartel dan kuncunya diheret ke muka pengadilan.


Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din.

KUALA LUMPUR: Anggota sindiket syabu terbesar di Sabah termasuk dalang utama bergelar ‘Datuk’ yang ditumpaskan polis baru-baru ini akan dituduh di mahkamah dalam waktu terdekat.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata siasatan ke atas sindiket terbabit sudah selesai dan pihaknya juga sudah mendapat arahan untuk menuduh suspek.

“Kita sudah mendapat keputusan (arahan Pejabat Peguam Negara) dan suspek akan dituduh dalam masa terdekat,” katanya tanpa mendedahkan bilangan suspek yang akan dituduh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay melalui sidang media pada 26 Disember lalu memaklumkan Bukit Aman menumpaskan satu kartel pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Dalam serbuan serbuan jam 2.45 pagi pada 25 Disember lalu di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu, polis menahan 10 lelaki termasuk dalang utama sindiket pengedaran dadah berkenaan yang juga penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berusia 40 tahun yang bergelar Datuk.

Siasatan awal mendapati, sindiket memperoleh bekalan dadah dari negara jiran sejak 2015 dan menyeludup masuk bahan terlarang itu ke Sabah untuk pasaran sekitar negeri terbabit, selain turut diseludup ke Indonesia dan Filipina.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang) dan prosedur pula di bawah SOSMA.

Terbaharu, polis menahan seorang pegawai agensi penguat kuasa berusia 43 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan.

Suspek bertugas di Lembah Klang itu ditahan 29 Disember lalu, menjadikan keseluruhan 11 ditahan berkaitan sindiket itu.

Dalam pada itu, Mohd Kamarudin berkata polis masih mengesan aset lain berkaitan kes itu untuk melengkapkan lagi siasatan berkait sindiket terbabit.

Sebelum ini, polis dilapor membekukan 22 akaun bank membabitkan nilai RM420,000, selain menyita 18 kenderaan bernilai RM6.6 juta kebanyakannya kenderaan mewah, wang tunai RM35,000, barang kemas dan jam mewah dianggarkan RM100,000.

BERNAMA

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading