Ingin Lesen Percuma Dan Bantuan Lain Masuk Dulu Sebagai Ahli PGRS/GRS, Tindakan Yang Cerdik dan Ngam

Cuba diviralkan oleh badut badut Warisan satu pesanan suara yang  berbunyi kalau ingin mengikuti program lesen kereta percuma daftar dulu sebagai ahli parti PGRS.

Saya tidak pasti sejauh kebenaran dakwaan itu. Tapi pada saya, sama ada masej suara itu benar atau tidak ia merupakan strategi yang cerdik, ngam dan tepat.

Mesti begitu, supaya generasi muda tidak lagi dibodoh-bodohkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Warisan dan UMNO Sabah, sebelum ini. Kononnya Sabah Ubah tapi sehingga kerajaan Warisan berakhir habuk pun tidak ada, tidak membaiki prasarana yang rosak dan usang seperti jalan raya, letrik dan air.

Apa beza perbuatan pemimpin dan badut Warisan dan UMNO menyebarkan gambar jalan rosak serta membuat kenyataan yang tidak benar terhadap kerajaan GRS. Kalau bukan untuk mengelirukan masyarakat dengan harapan akan menyokong Warisan atau UMNO Sabah.

Sedangkan sudah berpeluang menjadi kerajaan negeri dan Menteri yang bertanggungjawab memajukan negeri dan rakyat Sabah. Tetapi tidak berlaku sebaliknya yang kita dengar tentang skandal penyelewengan melibatkan pemimpin Warisan dari Semporna dan pemimpin UMNO Tawau selain amalan kronisme dan nepotisme dalam pemberian projek dan birokrasi dalam jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Begitu juga jalan raya rosak, kalau diviralkan oleh badut Warisan, maka sepatutnya wakil rakyat atau pemimpin Warisan/UMNO yang pergi buat. Bukan duduk diam dan menunggu usaha orang lain berjaya tapi dihadapan masyarakat ia dinafikan. Macam bangunan PPNS semasa dibina, dikritik kaw kaw oleh pembangkang bila sudah berdiri dan menjadi kebanggaan orang Sabah, menjadi kegilaan badut badut pembangkang. Hahaha!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading