
Mula mula sekali suka saya ucapkan tahniah kepada PDRM kerana berjaya merampas dadah syabu dan mencekup tiga pengedar dadah di Semporna.
Tahniah juga kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor atas usaha bersungguh-sungguh menghormanikan kehidupan rakyat Sabah. Yang bukan hanya dalam soal pembangunan dan retorik perjanjian Malaysia 1963 tapi jauh lebih penting dari itu membendung kegiatan pengedaran dadah syabu yang sekian lama merosakkan kehidupan generasi muda dan ahli keluarga mereka yang tidak berdosa.
Perlu diketahui oleh keseluruhan rakyat Sabah bahwa tidak pernah sekalipun kepimpinan Warisan menyentuh aktiviti pengedaran dadah baik di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri Sabah.
Saya pun pelik kenapa isu yang berlaku di depan mata dan berjalan sejak berpuluh tahun, dibiarkan seolah olah takut jika mafia mafia kecil itu tidak lagi menyokong Warisan.
Alhamdulillah nasib baiklah kerajaan Warisan berjaya ditumbangkan dan digantikan oleh GRS. Hari ini kita melihat antara hasilnya yang cukup membahagikan ibu bapa diluar sana.
Perlu diketahui Ketua Menteri Sabah juga merangkap Pengerusi Keselamatan Negeri.
Kepada alat Warisan berterima kasih kamu pada kerajaan GRS, sekaligus tinggalkan Warisan tu. Alahai!







KEJAYAAN POLIS SEMPORNA โ RAMPAS LEBIH 20 KILOGRAM DADAH (SYABU), 3 DITAHAN
SEMPORNA; 11 JAN 2024 (Khamis) โ Polis Semporna berjaya merampas lebih 20 kilogram Dadah jenis Syabu dan memberkas 3 suspek dalam serbuan yang dijalankan di Jeti Umum Semporna, 3 Januari lepas.
Ketua Polis Daerah Semporna, Supritendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejayaan tangkapan adalah hasil maklumat awam. Susulan itu, Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Semporna dan Sepasukan Polis dari Balai Polis Bum-Bum telah bertindak melakukan serbuan di Jeti berkenaan, kira-kira pukul 6.30 pagi.
Katanya, ketika serbuan, semua suspek diberkas serentak iaitu masing-masing dua warga tempatan dan seorang lagi warga asing, lingkungan umur 36 hingga 38-tahun.
Katanya, semasa tangkapan dijalankan, ketiga-tiga suspek dikesan berada di dalam sebuah bot kayu yang datang dari arah laut dan merapat ke tebing batu bersebelahan jeti berkenaan dan salah seorang dari suspek telah turun dari bot dan naik ke darat.
Selang beberapa minit kemudian, suspek berkenaan telah kembali ke bot semula dengan membawa dua beg bagasi yang dilihat dalam keadaan mencurigakan dan disyaki terlibat dengan aktiviti Pengedaran Dadah.
Hasil pemeriksaan keatas beg bagasi berkenaan telah mendapati 20 bungkusan plastik hitam ketulan mampat bahan hablur jernih disyaki Dadah jenis Syabu iaitu setiap beg mengandungi 10 bungkus plastik dengan anggaran berat setiap bungkusan 1,000 gram dan berat kasar keseluruhan dianggarkan 20,227.42 gram (lebih 20 kg).
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, pagi tadi.
Menurut beliau, dadah dirampas disyaki untuk diedarkan ke negara jiran dengan nilai pasaran dianggarkan bernilai 1-juta ringgit.
Supritendan Mohd Farhan Lee berkata, tangkapan dan rampasan dadah tersebut merupakan tangkapan terbesar IPD Semporna dan Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Katanya lagi, ketiga-tiga suspek masih ditahan reman dan hasil saringan awal mendapati ketiga-tiga suspek turut Positif Dadah jenis Methapethamine.
Ketiga-tiga suspek telah dituduh di Mahkamah Semporna tanpa sebarang ikat jamin.





















